Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 26 January 2014

Wishlist versi surirumah 2014

Salam uollss..

Dah duk rumah lain ni, ada je perkara-perkara yang nak beli, sebab rumah lama dulu tak memerlukan pon, bila duk umah sekarang sangat memerlukan. Sesetengah tu takdelah penting sangat kan. Dah nama surirumah ni macam-macam lah nak dibeli. Hehehe. Nasib baik lah aiolls ni bukan jenis kaki shopping. Kaki window shopping jer.

Rak dapur (Build in Shelf)
Sangat perlu. Sebab kat dapur hanya ada rak dekat sinki yang boleh memuatkan dapur gas, rak pinggan kecik then ada lah sikit ruang untuk standby barang-barang nak masak. Takde kitchen cabinet pon. Yelah, ni rumah orang, kankan kita beria-ria nak buat kc kan.

Kemudian masa kawin x-bos hadiahkan book shelf. Dulu letak buku now letak kat dapur untuk tempatkan barangan letrik macam periuk nasi, blender, water heater. Tapi kecik je terpaksa gilir-gilir okey. Kesian. Ko jangan meruntuhkan diri sudah.



En.beliau dah pesan siap-siap pasni takde nak beli perabot dah. Duduk setahun pon barang-barang penuh satu lori. Pasni kalau nak pindah jauh sikit tak kan nak angkut dua kali kan. Okey, baik lah bos. Nak beli rak pasang-siap je boleh kan bos. Hehe.
Takde nak beli yang gempak-gempak pon. Yang simple macam atas tu jer. Asalkan kukuh dan ada pintu. 

Oven

Misi belajar buat kek la kononnya kan. Even en.beliau tak suka makan kek tak kisah la, yang penting saya masak saya habiskan. Muahaha. Dan opkos la kena beli rak atas dulu. Tade tempat nak letak oven i kan.
 Plan nak kena beli sebelum raya. Tahun ni nak buat biskut raya sendiri. Hope tercapai hajat =)

Meja Makan

Dari rumah sewa lama dulu setahun kitorang makan depan tv, setahun makan atas meja kopi kt kusyen tu, yang muat la ngam-ngam dua orang makan dengan hidang semua pinggan magkuk berisi lauk. Kalau segerombolan kawan-kawan datang memang tak muat nak letak lauk-pauk.

Jadi misi untuk beli meja makan akan diteruskan. Tak nak beli yang besar pon kang jadi sempit pulak dapur. Nak beli  meja makan untuk empat orang makan tu jer pon.


Ampaian

Pon nak jadikan wish list kan. Konflik jugak nak beli ke tak neh. Ampaian beroda tu saya dah survey dah hari tu. Depan rumah tu ada skit ruang boleh letak, tapi saya ni hari-hari pegi kerja hujung minggu jer ada kat rumah. Tu pun banyak lepak rumah mak jer. Biasa jemur baju dalam bilik yang dijadikan bilik stor tu sebab dah tersedia tali ampaian dalam tu. Entahlah. Beli kang macam membazir jer. Tapi tak suka sebenarnya jemur baju dalam bilik macam sedikit menyesakkan mata kita memandang jer. Takpelah, nanti kita fikir kemudian okey.

Hurmmm..Apa lagi yer??

 Rasanya tu je la kot. Ada lagi sekecil-kecil barang. Yang tu takpelah takde penting sangat pon. Okey. Semoga segala wish list akan tercapai. Hikss.

4 comments:

  1. gud2..hihi...yg part kuih rye tu yg hani nk tunggu..nak rye nanti hani akan tnye ija,kuih rye wat sndiri ke x..hihihi

    ReplyDelete
  2. ONey : Hahahahaha. Baiklah. Kita terima itu sebagai satu cabaran. Hahah.

    ReplyDelete
  3. semoga tercapai impian.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Fara : tq dear ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...