Para Pengikut..

Wednesday, 31 January 2018

Januari 2018 yang osem


Salam uollss..

Januari ni penuh dengan kejutan, penuh dengan peristiwa sweet2 jer. 

Hari  tu adik-adik ipar dan mil datang rumah sebab anak buah Wafi ada checkup kat hsnz. So diorang tidur kat rumah semalaman. Malam tu adik ipar suruh kita keluar ambikkan barang atas bonet kereta sebab dia takut nak keluar. Hampeh takut sangat la yer awak. Rupanya ada kotak atas bonet. Bukak kotak ada something sweet. Allahu. Terharu saya. Cheese tart sempena birthday saya dan biras. Tq Ateh, adik ipar kak long yang baik hati =)


 Hari tu 23 Januari kita ambik EL sebab Daniel demam. Ada call dari opis mana ntah. Dia cakap nak hantar barang. Ingatkan kurier ke apa. Tapi rasanya takde beli apa-apa. Lagipun kalau dari kurier kenapa sampai nak hantar kat tangan kita kan. Bagi jela kat opis tu. Hehe. Tapi tak terpikir la orang nak buat seprais lagi kat kita. Sape lg nak buat kan. Then esoknya kita masuk opis num tu call lagi. Kita tengah kelas turun jugak la nak ambik 'barang' tu. Tanjat gegirl seprais lagi rupanya. Runner datang bawak ballon dan sejambak fresh flower dan chocolate. Ya Allah sape pulak kali ni. Rupanya student yang dah lama habis. Dah kerja sekarang tapi masih ingat kat mama. Terharunya. Nasib tak nangis kat situ. Struggle nak ambik gambar tengah-tengah angin kencang tu. Tq sangat anak mama. 

Haha. Ambaik gambar dari ig stories jer.




Suka sangat fresh flower =)


Coklat pon kecintaan jugakk =)


Sesuatu yang sweet lagi bila masuk opis tengok atas meja ada gift. My friend hadiahkan sebab haritu duk ambik hantar anak dia pegi sekolah dan iqra' time dia takde kat opis ada urusan luar. Alaaaa. Ibu so sweet. Mak angkat tak kisah pon nak ambik hantar anak angkat =)

Semoga murah rezeki sentiasa my bff.


Hari Khamis ada pot luck kat opis. Tak tahu nak masak apa. So plan nak masak daging goreng kunyit jer. Balik singgah beli daging. Suka sangat makan ramai-ramai macam ni =)


Opismate hadiah kan untuk birthday bulan Januari. Olololo. Tengkiu opismate. Semoga murah rezeki =)


Malam Khamis asben balik adik ipar kirim kek coklat yang dia buat. Aduhhh. My fav kot kek coklat ni. Suap kat Daniel banyak pulak dia makan. Suka yer dik kek coklat. Nanti mami buat yer dik.


Then hari Sabtu pergi UTC renew lesen . Hahaha. Dah seminggu okey baru teringat nak renew. Balik rumah tengah tengok tv bunyi orang ketuk pintu. Taraaaa. My lil sis datang bawak sekotak hokkaido cakes. Ya allah sweet lagi. Gemuklah ai bulan Januari ni. Haha. Kakak kesayangan yang duk Putrajaya tu tempah dengan kawan yang biasa kami tempah kek tu. Sedapnya hokkaido cakes sebab tak manis sangat rasanya. Suka-suka.


Indahnya Januari tahun 2018 ni =). Semoga Allah murahkan rezeki semua yang selalu bagi kenangan indah dalam hidup saya =)


Sunday, 21 January 2018

Alhamdulillah 1 Januari 2018 bertambah usia lagi.

Salam uollss..

Alhamdulillah cepatnya tahun demi tahun berlalu.
Alkisah Khamis lepas kita tengah kemas-kemas studio dan galeri. Penat tak payah cakap lah. Berpeluh habis. Comot betul. Tetiba dapat call num tak dikenali. Rupanya seorang runner call. Dia cakap ada nak hantar barang. So tunggu jela dia datang. Macam dah dapat agak siapa kaean ai yang sweet sangat. Tepat betul tekaan. My opismate aka my bff hadiahkan sejambak chocolate ngan belon besday. Adoi saya dengan berpeluh2 muka haha. Segan akak runner nak ambik gambo kita. Haha. Tqvm my dear bff. Semoga Allah murahkan rezeki awak sentiasa. Aamiin.
.
Selamat meningkat usia buat diri ini. Dah masuk 23 tahun ni . Hahaha. Semoga diusia baru ni Allah sentiasa permudahkan segala urusan saya. Murahkan rezeki sentiasa dan kekalkan kebahagiaan saya dan keluarga. Aamiin.
.
Terima kasih kawan2 bagi hadiah,bagi wish kt ig,ws n fb. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua. Aamiin❤❤


Saturday, 13 January 2018

Rakan artis bagi moral support buat Dato Farid Kamil

Salam uollss.

Jarang sangat saya post pasal artis ni. Sebab ni lebih kepada blog peribadi kan. Tapi FK dan DD antara dua figura artis yang saya suka lakonannya. Ditambah dengan kehadiran dua anak mereka Che Mad dan Aurora lagi la saya duk follow sentiasa ig mereka. Bila tau ujian besar yang perlu mereka hadapi rasa macam sedihnya. Dengan anak2 kecil. Semoga mereka sekeluarga tabah untuk menempuhnya. Netizen tak payah la nak cakap yang bukan2 mengeruhkan lagi keadaan. Kita tak berada kat tempat mereka kan. Just doakan semoga semua berjalan lancar.

Suka tengok bila rakan2 artis bagi sokongan buat FK dan DD.








Semoga tabah semua yang diuji ❤

Monday, 8 January 2018

Ambil angin di Pantai Teluk Ketapang

Salam uollss..

Ni story minggu lepas. Haha. Berapa minggu yang lepas entah. Lantak la basi pon nak post jugak. Time ni cuti krismas kebetulan kakak dan adik balik kampung. So hari Ahad tu bawak diorang pergi ambik angin kat Pantai Teluk Ketapang. Papa dah balik Dungun. Nasib ada anak sedara (sepupu Daniel) join jugak so diorang pun boleh tengok Daniel jugak. Sebab anak mami terlampau aktif tak terkejo kalau mami sorang. Hahaha.


Kebetulan ada tempat boleh sewa belon tu. Apa nama entah. Air sabun tu. Haha. Lantak la apa nama dia. Yang penting nak sewa RM5. Adik saya belanja. Kahkah. Daniel ni punyalah eksaited tengok belon banyak-banyak dia lari kejor. Adui.Memang banyak la situ semua duk main situ jer. Suka benor la Daniel. Mami la jenuh lari-lari kejor dia. Situ merata-rata batu tajam-tajam pulak. Apesal la takde orang tolong cungkil buang batu tu. Bahayanya kalau budak-budak lari terjatuh atas batu tu.


Lastly mami surrender. Mami dukung dia. 



Anak-anak buah dan adik pon seronok boleh main sekali. Kecik-kecik tak puas main yer. Main la sampai habis dalam bekas tu.



Pastu singgah makan ict (ikan celup tepung). Tq my adik tukang payung. Haha. Best Pantai Teluk Ketapang ni sebab ada playground, ada kuda berhias jugak. Tak pasti pulak berapa kena bayar kalau nak naik. Pasni papa balik kita ajak naik kuda yer dik.

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Sunday, 7 January 2018

Azam 2018??

Salam uollss..

Alhamdulillah dah melangkah seminggu di tahun 2018. 2017 macam sebelum ni jugak, hidup sederhana namun bahagia dengan keluarga kecilku. Orang cakap 5 tahun pertama tu dugaan betulkan. Biasalah gaduh merajuk adat resam dalam rumahtangga. Tapi sejujurnya jarang sangat bergaduh. Bila dah kawin masing-masing memang jadi penyabar. Dah ada anak lagilah penyabar. Cuma saya la banyak marah anak. Haha. Sori Daniel. Mami marah sebab sayang tau. Tips dia dalam rumahtangga kena saling toleransi. Perkara kecil jangan perbesar-besarkan. Kami kalau bergaduh memang tak lama. Kalau kecik hati jauhkan diri jap dari dia. Masuk bilik kemas almari jap eh tuptup keluar bilik dah tak marah tak gaduh dah. Tapi tula saya pon tak leh nak sembang kencang sangat. Baru 5 tahun lebih kawin. Dah la pjj. Jumpa weekend je. Kalau pasangan yang duduk sebumbung hari-hari lagi lah macam-macam kesabaran perlu ditangani kan.

Eh. Rajin pulak saya nak sembang-sembang hari ni yer. Hahaha.

Cuma untuk tahun 2018 ni semoga terus sukses dalam kerjaya. Hurmm. Suskes dalam erti kata memberikan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kepuasan diri, buat setakat mana yang mampu dan terus bertahan walau apa jua task yang kena buat. Semoga terus kuat.

Ya itulah sebenarnya motif kita menulis. Just nak highlight ayat2 akhir je. Yang atas tu mukadimah je nak membebel.

Okey azam lain?? Semoga tahun ni dapat setelkan hutang-hutang. Dah setel hutang baru dapat fokus untuk simpan duit buat rumah. Semoga Allah permudahkan. Aamiin 😘😘

Thursday, 4 January 2018

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN


Salam uollss..

Jom join giveaway. Lama dah giveaway ni berlangsung baru hari ni sempat mencelah nak join. Haha. Ada masa lagi ni korang. Jom meriahkan ga ni =)

Klik link bawah yer kalau nak join.


Wednesday, 3 January 2018

Tebus voucher Lazada

Salam uollss..

Korang kenal tak Lazada? Lazada ni antara kedai online yang femes. Salah satu portal shopping online yang saya setia install apps tak pernah remove dari hp. Haha. So dalam cart tu macam-macam la ada barang yang saya berkenan nak beli dari barang rumah, barang dapur, makeup,barang anak memacam la lagi. Bila nampak je Lazada buat contest Online Revolution Blogger Contest tu laju la saya join. Tapi takde lah bersungguh sangat sebab pernah join sebelum ni tak menang pun. Join suka-suka jela. Plus blog kita suam-suam kuku jer. Haha.

Yang best Lazada ni kalau kita join contest dia alert via email. So takdelah kita terlepas pandang pasal pengumuman pemenang ke apa.

Bila Lazada emel bagitau list winner tu saya terkejut la tengok nama izafiza. Eh aku ke tu. Haha. Tapi takde la mengharap sangat sebab ramai kot join.


Bila Lazada emel lagi sekali pasal saya ni salah sorang winner 3rd prize terus la lompat kegembiraan.


Then tak sampai sehari dapat emel suh kita tebus voucher RM100.


Alhamdulillah. Punyalah tak tau nak beli apa. Haha. Pastu tanya pendapat bff dorang la cadangkan beli oven sebab diorang tahu saya lama dah nak ada oven kat dapur tu. Eh kenapala kita tak terfikir nak beli oven kan, padahal tu lama dah wishlist. Godek2 oven harga murah2, baca review, tanya soalan sikit pastu decide beli oven Pensonic harga Rm119. Kena tambahla RM19.


Alhamdulillah oven dah sampai dengan selamat. Dah test pon bakar ayam. Berfungsi dengan baik



Harap mami kuat semangat nak buat biskut raya tahun ni. Hahaha. Tq Lazada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...