Para Pengikut..

Wednesday, 4 February 2015

Jalan-jalan di Pantai Kemasik.

Salam uollsss..
 
 
Tak habis lagi story weekend yang lepas. Lepas menerjah Romantika dan makan nasi kukus adik ipar merengek ajak pergi Pantai Kemasik. Oklah. Lama sangat tak pergi Pantai kemasik. Alang-alang dah sampai Kerteh pon jom lah pergi sana. Singgah kejap je pun. Ambik gambo rehat kejap terus balik. Dah lewat petang sangat pun. Kang ayah mertua bising kena tinggal lama-lama. Heeeee.
 
Pantai Kemasik cantik sangat. Masa ni ramai sangat orang. Parking pon padat. So, kitorang pegi tempat yang tak ramai orang. Just nak ambik gambo je pon. Kitorang kan kaki bergambo. Asben dah pening dah tengok mak, isteri ngan adik-adik dia. Thehehe.
 
 
 
Anak mak sangat ni. Kadang-kadang kalau isteri ada pon suh mak jugak buatkan air. Huwaaaa. Okeyy, isteri pasrah jer.
 

 
Hehe..menantu hantu ke menantu mithali.
 
 
Huwaaaa. Tak sanggup tengok diri sendiri dah kembang semangkuk. Huwaaaa.


 
Ni apa yang lucu sangat ni ha ma??

 
Dialog laki bini:
B, nak duit 2k nak g shopping.
2k takdok 20sen ada.nah g main jauh2.
 
Okey, dah lewat petang jom lah balik. Jauh lagi kita nak sampai ke Dungun. Nak maghrib baru sampai rumah.

 
Daaaa...


Tuesday, 3 February 2015

Menerjah kedai hiasan Vantage & English style di Romantika Home Mart, Paka, Terengganu

Salam uollsss..
 
 
Lepas hari tu yang 1st time pergi kedai vantage ni, terus terbayang-bayang nak pergi lagi. Sebab masa tu frame gambar tak beli pon. Nama pun window shopping. Touch n go je la. Kebetulan pulak minggu lepas adik ipar ajak pergi Paka untuk daftar TM strymx kat booth TM di Paka. Dah alang-alang tu plan terus nak ajak mak mertua terjah kedai Romantika ni. Habislah bawak ma, mesti rambang mata semua menda nak beli. Dah la ma suka bunga-bunga. Thehehe.
 
Mula-mula asben tak nak ikut. Eh, tiba-tiba ubah fikiran pulak. So sementara tunggu abang bersiap-siap kita wefie dengan adik-adik dululah.
 

 
Sampai je Romantika kak long paling eksaited. Masuk je tak tahu tak pegi mana. Kanan ke kiri, depan ke belakang dulu. Haha. Over.

 
Ma dengan bunga memang tak dapat dipisahkan. Tengok bunga ni berkenan, tengok bunga tu berkenan. Takpe ma, nanti kita datang balik.
 



 
Pastu naik tingkat atas pulak. Arghhhh.. menjerit ma tengok bunga banyak-banyak. Hahha. Atas banyak lagi pilihan frame. Saya nak beli frame buh kat dinding atas tv. Nampak kosong sangat dinding tuh. Suka sangat banyak item ada diskaun. Diskaun sempena raya cina.
 
 
Baru sedar rupanya diri ini sangat cerewet dalam pemilihan hiasan rumah. Susah nak terima pendapat dan idea orang lain. Haha. Nak idea sendiri jugak. Pastu paksa asben cakap frame kita pilih tu lawa. Haha. Kesian awak asben. Agaknya puji-pujian tu sebab malas dah melayan kerenah isteri yang super cerewet. Hiksss.
 
 
Heee. Masuk kedai Romantika kan, nak romantik-romantik skit boleh x?hehe..
 
 
Ok dah. Beli frame je dua keping. Yang harga asal RM18 sekeping. Ada diskaun, so dapat la RM9. Yeayyy. Beli dua nanti nak buh sebelah-menyebelah. Bila ntah nak deco-deco neh. Ma pulak beli dua set cawan. Senang tetamu datang nanti asyik tak cukup cawan jer kan.
 
Pastu masing-masing dah lapar sangat terus cari tempat makan. Nasi kukus. Nyum-nyum sedapnya.
 
 
Okeyy..dah kenyang jom jalan-jalan ke pantai pulak. Bukan senang nak culik ma ajak jalan-jalan neh. Next entri jalan-jalan kat Pantai Kemasik yang super cantik tuhh =)

 
 
 
 


Monday, 2 February 2015

Dua kali terkejut. Dua kali speechless.

Salam uollss..
 
 
19 Januari yang lalu. Entri basi pon ada saya kesah. Pagi-pagi dah ada coklat atas meja. Wah kecintaan kita sangat ni. Tq opismate. Sweet sangat awak Saibah =)
 
 
Pastu opismate plan dengan student buat suprise besday party. Konon-konon nak jumpa student mengejut. Pelik jugak. Apesal kak siti ni sibuk sangat kemari-kemari. Tapi langsung tak dapat kesan bau-bau kek kan. Pappp!!tiba-tiba blackout. Pastu masing-masing ramai-ramai masuk nyanyi lagu besday bawak kek dengan tiga batang lilin. Huwaaaaaaaa..Puan Fizah is touching sangat.
 
Tengkiu semua!!


 
Alahhh..Apesal buh tiga lilin. Kita baru umur 19 tahun tau. Hikss..

 
 
Mekaseyyy semuanyaaaa!!!

 
Dapat gift comel-comel lagi. Macam tuan dia comelnya tau tak.

 
Kemudian keesokannya lagi ada kejutan jugak kat opis. Department kita yang kecik molek tuh buat kejutan lagi. Pagi-pagi nak masuk bilik tengok gelap semacam ke. Apasal semua lambat ke hari neh. Biasa kita paling lambat. Heheh.
 
Masuk ke bilik bukak lampu, nah bergema lagu besday dari tiga suara. Hehe. Comel sangat tersembunyi celah-celah lemari. Nasib baik tak masuk dalam almari je korang neh. Thankz. Kek sedap sangat!!

 
Tengkiu semua. Buat saya rasa dihargai sangat berada disini =)
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...