Para Pengikut..

Tuesday, 31 December 2013

Cerita pasal makanan jer.

Salam uollss..


Lama dah tak cerita pasal makanan kan. Okey, mula-mula nak citer pasal caramelo neh. Sedapnye Ya Allah. Hari tu ada opismate jual. Kita kan macam sayang skit nak keluar duit  untuk makan mahal-mahal neh. Haha. Mahal okey. Tapi sebab terliur sangat kan. Beli la jugak. Sedapnya. Mula-mula makan 2-3 keping jer konon nak bawak balik bagi en.beliau rasa jugak. Eh,makan punya makan tak sedar tengok tinggal 2-3 keping jer. Agak-agak lah nak bawak balik kat suami pon. Terus ngap sampai habis ler jawabnya...Hehee. Asben, nanti saya beli lain eh.

Nanti nak gugel resepi lahh..

Kemudian alkisahnya minggu yang lalu adik ipar, Ateh ikut kitorang balik rumah. Tak bosan la saya neh. Duk dapur je ada peneman, kadang-kadang pagi tak sempat nak siapkan makanan untuk bawak bekal si ateh tolong. Mekasih Ateh. Lain kali datang lagi. Hehehe.

Pastu mak mertua kirim ikan patin. Saya tak pernah pon masak patin masak tempoyak . Ateh tolong masak. Sedapnya. Si en.beliau plak tak makan ikan patin, so kitorang buh la ikan lain jugak dalam tu untuk en.beliau.


Hari Jumaat lepas ada kawan nak datang, asben suh buat puding gula hangus, dia pun lama tak makan. Buat sikit jer. Loyang aiolls kecik jer. kena beli loyang besar sikit la baru puas hati makan. 

Kemudian ada satu malam tu saya ni perut teringin sangat nak makan kuew tiaw ladna. Sedapnya sedapnya. Try masuk kedai makan ni. Selalu lalu tengok ramai orang. Patutlah. Memang sedap rupanya.

Khusyuk duk tengok en.beliau duk main game. Adik ipor snap gambar. Heeee

Udang banyak, besar-besar pulak tu. Tapi saya kan tak boleh makan udang, jadi rezeki en.beliau la jawabnya.



Nasi goreng.
 Resepi nasi goreng yang saya biasa buat tu senang je. Nasi goreng campak-campak jer pon. Tapi yang ni lah yang selalu en.beliau suh buat..

Goreng ikan bilis garing rangup asingkan.
(1) Tumbuk 3 biji bawang merah + dua ulas bawang putih +beberapa ekor ikan bilis+ cili padi beberapa biji
Tumis (1) sampai harum baunya, masukkan sesudu sos tiram.
Masukkan sayur gaul sebati pastu masuk la perasa garam ajinomoto pastu gaul nasi tuh
Last skali baru masuk ikan bilis. 

(Eh, tiba-tiba nak bagi resepi ni kan. Thehehe)

En.beliau ni dia nak nasi goreng tu betul-betul kering, kalau basah je mula la mengkomen kan. Agak-agak nak gaul nasi tu dia datang la kat kuali tolong gaul sampai kering. Thehehee.


Ni pulak mak mertua kirim ikan keli jugak skali ngan ikan patin tu. Mula-mula konon nak goreng berlada, pastu malas nak tumbuk bawang. Ambik bawang mesin ngan hiris bawang. Siap curah atas ikan. Ambik ko, tenggelam terus ikan. Hehehe.


Kemudian baki ikan keli tu buat lauk gulai ikan keli. Tak pernah try pon. Kat rumah mak biasa tolong tumbuk bawang then kacau gulai jer pon. So internet dihujung jari mari kita gugelll.

Ikan keli pon en.beliau tak makan. Dia rekues ikan kering jer dengan sayur goreng.


Ni hari lain pulak. Kitorang pegi beli ikan aye (ikan tongkol). En.beliau nak makan ikan aye goreng berlada.

Senang sangat haihhh.

Mula-mula ikan aye gaul garam kunyit, goreng ketepikan.

 Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Tumis la bawang-bawang tu masuk perasa garam gula, masuk kicap sikit kemudian gaul dengan ikan aye goreng tadi.

Nyum-Nyum. Makan lauk ni jer dengan nasi pon dah cukup.

Tak habis lagi...

Hari yang lain pulak beli ikan selayang. Singgang ikan selayang untuk saya. Dan wajiblah ada lauk lain untuk en.beliau.  Masak ikan masak sambal, tumbuk belacan ikan kering (sukati bagi nama).


Alhamdulillah. 
Diberi kerajinan dan kesempatan untuk memasak even simple asal mengenyangkan perut suami sudah. Heeehee.

Friday, 27 December 2013

Yeayy, asben dah bagi kebenaran bela kucing!!

Salam uollsss..

Malam tadi asben bagitau dia jumpe kucing comel sangat. Boleh lah saya nak bela katanya. Eksaited kemahin lah saya neh. Yelah selama ni dia larang keras kucing dlm rumah neh. Time saya balik rumah mak duk gomol si Diego dan Dora pun dia dah jeling semacam. Dua sebab utama dia tak bagi saya dekat dengan kucing pertama sebab saya ni lelah, alah dengan bulu kucing, kedua sebab dia pernah dengar orang cakap kalau jaga kucing, manjakan sangat kucing susah nak lekat. Yang tu even saya pernah dengar orang tua cakap tapi saya tak percaya pon, sebab rezeki tu dari Allah dan kucing kan antara haiwan kesayangan Nabi Muhammad kan.

Okey, now berbalik pada kisah kucing yang en.beliau ceritakan. Dia punya cerita tu eksaited habis tau. Siap bagitahu suh saya standby nama sebab dia tak bagi nama lagi, tunggu saya jer bagi nama.

Pastu dia cakap kucing ni cerewet skit. Makan memilih. Tido kena tutup lampu. Eh,macam-macam style kucing ni eh.. Aiollss senyum je la. Tak nak tunjuk sangat eksaited kan. Yang bestnya kucing ni clever sangat. Pandai buang hajat kat tempat yang sepatutnya. Uishhhh. Bagus-bagus untuk rumah saya yang takde laman kan.




Pastu kul 2.00 pagi dia kejut saya. Mata mamai-mamai tengok dia pegang henfon. Suh tengok kucing dia. Siap bagi makan, nak makan memilih betol. Kemudian tunggu dia masuk toilet lepaskan hajat, nak tido kena tutup lampu lagi pastu siap beli baju dan tukar kaler mata lg..


LOLLLLL!!!!!

Mati-mati aiollss ingat kucing betulllll!! Nak marah nak gelak sama banyak!!

Korang yang ada anak mesti ada je kot game kucing yang nama Tom tu dalam hp kan. Hehehe. Tapi macam suka la pulak tengok asben bagi kucing tu makan. Siap duk gaduh-gaduh dengan kucing tu. Hahah. Kalau lah Si Tom tu boleh bagi feedback konpem habis jari awak kena cakar. Hehehee.

Tq asben, even tak bagi aiolls bela kucing yang bergerak di alam nyata,
 yang alam maya pon boleh lahhh =D







Thursday, 26 December 2013

GA by Eqbalzack (menang dapat Rindu Awak 200% - Liyana Zahim)

Salam uollss..

Gigih tau nak update blog tade idea, so mari kita join giveaway yang melambak-lambak di akhir tahun nie.

Okey, korang yang ulat novel jom join giveaway by Eqbalzack neh.
Senang je pon.
Tak perlu like,
Tak perlu tag,

Just emel NAMA, ALAMAT, NUM.HP kat Eqbalzack : eqbalzack@yahoo.com 

Ada lagi spesel gift lain tau. Terjah blog Eqbalzack sekarang.
Giveaway ni sampai 31hb Disember2013 je tau.

Link Giveaway :


Tuesday, 24 December 2013

GA Disember 2013 Nurul Yui

Salam uollss..

JOM JOIN GA!! KLIK BANNER BAWAH UNTUK JOIN!!!

http://nusha1706.blogspot.com/2013/12/ga-disember-2013-nurul-yui.html 

Syarat WAJIB untuk para peserta patuhi

1) Ada blog beridentiti 
{ boleh view blog }

2) Follow blog semua sponsor & add to circle [ google + follower ]
 { senarai 10 orang sponsor }

4) Buat satu entry dengan tajuk  " GA Disember 2013 Nurul Yui"

5) Letak banner diatas dan linkkan entry ini

6) Berikan link entry anda di komen post ini

7) Hadiah berupa topup sahaja
[ DiGi/Maxis/Celcom ]
GA akan berlangsung dari 24/12/2013 hingga 05/01/2014.  
Pemenang akan diumumkan pada hari Rabu 08/01/2014 oleh setiap sponsor
umlah para sponsor : 10 orang 
Jumlah bakal pemenang : 16 orang


Pemenang topup RM 5 dipilih berdasarkan random
Pemenang topup RM 10 dipilih berdasarkan referrals Nuffnang

Sunday, 22 December 2013

Udang lipan penawar penyakit lelah

Salam uollss..

Hari tu balik rumah mertua ayah beli udang lipan. Saya dah pernah tengok kat internet udang ni. Realiti tak pernah lagi la. Eishhh. Tengok rupa pun dah seram. Besar-besar jugak.

 Mula-mula udang ni rendam air garam skit nak bagi pasir-pasir yang melekat kat udang tu terhapus. Jap, saya pon tak pasti udang ni boleh diperolehi kat mana. Air tawar ke air masin ha??
Then ma rebus udang tu. Tak pasti lak ma letak apa. Bawang putih, serai kot. Hehehe. Tau-tau dah masak kan. Dasar menantu suka makan macam ni la. Hehehehe.


Bila dah masak tu teragak-agak nak makan sebenarnya. Sebab tengok rupa macam lipan besau tu ha. Tapi tengok asben masak syok jer. So, lepas makan nasi saya ratah la. Sedapnyerrrrrr. Tambah-tambah kalau udang tu ada telur lagi la sedap.

Yang ajaibnya kan, saya ni manusia spesis tak boleh makan udang. Makan udang je mulalah sakit dada macam pedih ulu hati pun ada la. Tapi bila makan udang lipan ni takde rasa sakit pon. Okey jer rasa.
Mungkin sebab udang ni dah memang penawar penyakit lelah kan.



Friday, 20 December 2013

Outdoor Photoshoot Ideas.

Salam uollss..

Hari tu ada la potographer ni ajak saya outdoor photoshoot. Eh, ingat dia main-main jer tau. Pastu duk tanya kita sokmo bila free, nak prop apa, kat shot kat mana kannn. Terus eksaited la nak shoot. Harga pon BERBALOI sangat. Ni kira outdoor photoshoot sesajer jer. Konon nak tunggu 2nd anniversary tapi macam lambat jer lagi. Hatiku ni tak sabar nak outdoor photoshoot neh. Muahaha.

Terus mintak izin ngan en.beliau. Ajak dia skali la kononnya. Dia plak shy-shy-cat. Takpelah. Awak tak nak pon saya nak jugak sorang-sorang. Agagagagah. Tak bley blah betol.

Pastu aiollss merajinkan diri la gugel. Suka tengok photoshoot mat salleh punya. Cool sangat. Heheheh.

Yang paling penting kena hire photographer la kan. Photographer aiolls ni kira baru berjinak jugak dalam bisnes neh. Tapi gambar meletoppp sangat. Nanti aiolls review soon.

 Lokasi - Lokasi perkara yang penting la kan untuk jadikan gambar tu menarik, tertarik kebabommm. Hehehehe. Macam-macam lokasi antaranya pantai, sawah padi, dalam hutan, bangunan dan lain-lain la. Saya pon tak terfikir lagi lokasi yang sesuai. Huhu. Kena mintak cadangan encik photograper la nampaknya.

Pantai : http://www.wedresearch.net/2012/05/tom-wedding-city-loke-yew-photos.html


Taman (tumbuh-tumbuhan menghijau) : http://www.historicfloridawedding.com/tag/naples/





Eh, macam kenal jer, macam glemer jer. Hahaha.
Belon - Kalau bawak prop belon ni comel sangat tau. Tambah-tambah kalau belon colorful. Suka-suka. Maybe saya nak idea belon jugak la boleh encik potographer. Hehehe. Cuma nak kena fikir color apa.

Source :

Frame -Sekarang trend prop frame ni semakin menular. Cool jer. Takpe. Nanti balik rumah mak pinjam frame konvo la boleh ker? Muahaha.


Source :

Pepohon - Saya suka sangat popon-pepohon. Tambah-tambah kalau pokok mati. Nampak berseni sangat. Incik potograper tolong survey pokok mati nak bergambo kat situ lah. Hehehe.


Source :

Frame & Pepohon - Suka suka suka
Source :

Sign - Papan tanda, tag, board dan apa saja medium untuk sign. Penting jugak terutama untuk yang shy-shy-cat nak bergambar so, sign boleh dijadikan medium komunikasi. Heh, apa ko ingat bercakap ke jer komunikasi, senyum sengih pon komunikasi jugak tau.


Source :


Source :


Handbouquet / Bunga Tangan - Ni pon kira menda wajib la kan. Dah nama bunga tu sebagai penyeri kan. Terpulang lah nak fresh flower atau pelestik pon tetap cantik. 


Source :

Photobooth Props - Mustaches, Sunglasses, hat, cardboard tag dan semua lah. Mesti korang biasa tengok kan. Macam comey jew pakai misai pelesu, spek mata besau gedabak.  Biasanya kita apply kat photo booth. Tapi nak lebih funny bawak je skali pegi outdoor photoshoot.

Kau mampuuuuuuu?????

Source :



Source :



Ok. Tu la yang terlintas difikiran. So, antara yang di atas agaknya yang mana menjadi pilihan???

Korang ada idea boleh share okeyyyy.

Thursday, 19 December 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jaga body ala Jackie Chan

Salam uollss..

Pagi tadi kan odw pegi keje seperti biasalah dengar ERA. Hari tu dah dengar diorang cakap Jackie Chan akan datang ke ERA.FM untuk promosi filem terbaru dia. Pastu tak sempat dengar la bila Jackie Chan datang ke konti.  Cuma diorang repeat balik yang sesi temubual dengan Jackie Chan. Zahid kot yang temubual.

Derang tanya la macam mana si Jackie Chan ni jaga body yang maintain sihat, muda dan bertenaga even dah berusia. Jackie Chan cakap setiap kali lepas makan pape dia akan excersice. Lepas makan eskrem berlari  5 minit. Lepas makan roti canai berlari 10 minit. Owhhhhhhh. Macam tu rupanya.

Pastu aiolls kat opis ni kalau nak buat macam tu kena turun naik tangga kot. Lepas breakfast turun naik tangga satu kali. Kalau lunch makan berat sikit ulang turun naik dua kali. Fuhhhhhh. Semputttt.
Hensem kan Jackie Chan. Amboihhh. Nak google gambar pon gambar yang style.


Tuesday, 17 December 2013

Annual Dinner 2013

Salam uollss..
Seperti biasa lah setiap tahun setiap bulan Disember ada annual dinner. Kali ni buat dekat Setia City Convention Centre. Macam penah dengar jer kan. Ala..yang tempat Che Ta kawin tu sini lah. Hehehe. 
Tahun lepas pegi dengan kereta, taun ni naik van jer. Ada opismate sewa muat la 10 orang. Yang lain ada pegi drive sendiri, ada naik flight. Tahun lepas sampai sesat okey naik kereta sendiri punya pasal. Dalam bandar sendiri pon boleh sesat inikan pulak bandarraya pesat di sana.

Kitorang bertolak malam Isnin, pagi Selasa ada event kat MSU. Lepas event terus gerak ke Setia City. Singgah makan dan berehat kat masjid odw ke sana.

Bersiap-siap kat masjid jer. Nak sewa hotel macam tak padan jer. 


Kemudian bergerak ke Setia City. Takde lah jauh sangat pon. Sampai jer tengok ada khemah sebelah Setia City. Ni ker khemah Che Ta wei?? 

Rupanya sebelah Setia City tu ada Setia Mall. Kalau tahu gerak awal-awal tadi kan. Thehehe.  

Tema tahun ni GOLD, BLACK & WHITE.
Dress tu beli on9. Kat IG @lovelyfashion_stuff. Suka sangat baju kat dia cantik-cantik sangat. 
Tudung tu cilok adik ipar punya. Handbeg besau senang letak semua barang. Handbeg + kasut pakai yang bawak pegi keje hari-hari jer.


Wif Dila.


Asyik gambo saya jer kan. Haruslah. Nama pon blog saya. =P

Jap. Apesal tangan tu nampak kejung jer. 


Sampai awal kan. Tengok meja pendaftaran pon tak tersedia lagi. Dah nampak hitam gold dimana-mana. White kurang skit orang pakai.

 
Men in black

Tengok Dila senyum-senyum msj. Macam cantik jer, macam comel jer. Hehehe.

Jaa pon nak jugak gambo style macam tu. Candid konon. Hehehe.

Auwww. Haruslah ai nak jugak. Tapi versi lain skit la.

Bila tenung balik gambar neh, tengok ai pegang handbeg kuat giler macam tak nak lepas. Macam ada 10K jer dalam tuh. Hahahah. Sejuk jugak. Sebab tu banyak gambar saya berpeluk tubuh jer =P


Weollsss =)

Awal sampai best gak. Boleh ambik gambo puas-puas tanpa ada background manusia di belakang.




Ada snack ngan air. Bagus jugak servis diorang neh. Kitorang ni bukan makan ringan-ringan jer siap makan sampai licin lagi.

 



Yeayyy. Dah boleh masuk lepas sakit kaki berdiri lama. Tak kan aiolls nak bersila kat luar tu macam mak cik jual ulam kat pasar kan.







Kau dah kenapa????


Tak sah tak ambil gambar syiling dewan dinner. 

Sebelum...

Selepas..



 Dayang Nur Faizah in da houzzzz. Aiolls tak fanatik sangat, so takde adegan berlari berdesup-desup pegi ambil gambo macam Abang Tam dulu.





Kemudian turn Judika plak. 1st time la artis dari seberang dipanggil sepanjang saya dinner neh. Judika nyanyi banyak lagu jugak. 7-8 lagu kot. Bagus lah dia neh. Sampai ke bawah turun siap sua mic suruh tetamu nyanyi sekali ngan dia. Suka suka suka. Sama jugak tak eksaited sangat pon nak pegi ambik gambar.





Ni macam puding la jugak. Ada limau bali dalam tuh. Sedap jugak. Sampai saya tambah dua kali. Dah la masa tambah kali ke dua tu dan-dan jer pegawai dia tengok saya sambil senyum. Bangga kot makanan dia sedap saya siap tambah dua kali kannn. 



Macam biasa lah dinner habis kul 12.00 lebih jugak. Terus tolak balik kampung. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...