Para Pengikut..

Monday, 16 June 2014

Kisah cinta-cintun

Salam uollsss...

14.6.2005.

Tarikh yang tak kan saya lupa. Tapi tahun je selalu konfius. Haha. Masuk tahun ni dah 9 tahun kenal asben. Ya Allah cepat sangat masa berlalu. Haih.

Tarikh tu adalah tarikh start kapel. Tapi kapel macam cinta monyet kot. Masa ni celcom bagi free sms & call start jam 12am sampai 6am kot eh. Masa ni la declare kapel. Saya pun tak ingat dah macamane dialog ajak kapel tu. Tak ingat declare via sms ke hp ntah. Haha. Eh, rasa macam dah pernah story je tapi takpe la. Saja bagi hangat balik. Ceewah.
Now nak cerita macam mana kitorang mula-mula kenal. Tapi sebelum tu kita flash back jauh kebelakang skit okeyyy.

Zaman sekolah
Zaman sekolah takde pun nak cinta cintun ni. Yela saya selekeh gile kot zaman sekolah. Pastu pendiam, tak ramai pun kawan laki. Eh ada jugak kot. Tapi macam cinta monyet tak berapa nak cerdik. Haha. Masa sekolah ramai betul yang suka call rumah. Masa tu takde hp pun lagi. Kejap nama Mie, kejap nama Sepul. Diorang ni macam pakat pass number umah kita kat kawan-kawan pulak. Tapi cakap je pun. Cuma tak pernah bagitau perkara betul la. Semua saya reka. Siap bagitahu umur dah 25. Pun nak cakap jugak nak jadikan kakak angkat. Bhahaha.

Lepas SPM
Lepas SPM kerja kat kedai buku. Satu hari tu sorang customer masuk nak potostat. Tak tahu kenapa masa tu masing-masing terpaku. Dia macam ada magnet tau. Haha. Pastu nak potostat konon, siap bagitahu kawan kita, dia nak yang pakai baju pink potostat (saya lah hoiii). Boleh plak macam-macam dia tanya hal peribadi masa potostat tu. Pastu siap tertinggal dokumen yg nak potostat tu, ada number hp lagi. Bhahaha. Skill nak mengorat ker. Call dia bagitahu ada dokumen dia tertinggal. Esok dia datang balik. Dan itulah permulaan cinta saya. Dah tak perlu nak cerita panjang sangat pasal dia kot.

Matrik
Saya dapat sambung belajar di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah. Masa ni still kapel ngan orang atas tadi. Tapi kapel kejap masa matrik tu dia tiba-tiba senyap. Takde coll takde msj. Tapi sebelum tu dia pernah cakap la nak akhiri hubungan ni. Emosi betul saya masa tu. Nangis jer kerja. Huhuhu =( Tengah-tengah studi tiba-tiba nangis teresak-esak. Terkejut roomate, dia ingat kita kena rasuk. Haha. 
Kemudian ada sorang kawan ni duk satu aras la ngan saya. Nama Areda. Kitorang baik jugak. Dia selalu la datang lepak kat bilik saya. Sebab sama-sama orang Ganu kita kan. Areda pon selalu la tengok saya nangis. Selalu la duk nasihatkan saya. Satu hari tu Areda dapat number tak dikenali kacau dia kt hp. Kitorang yang nakal ni saja la nak 'lancarkan perang' pada mamat tu. Bahahaha. Pastu Areda malas nak layan perang, dia suh saya kacau. Memang msj tu bukan nak bertanya khabar ke nak tanya a/s/l ke hape memang kaw kaw la perang mulut.

Kemudian Areda citer la rupanya laki yang saya hentam tu sepupu dia. OMG!!!penat-penat dah saya duk kutuk kaw kaw neh!!Kemudian mintak maaf. Saya lah yang kena mintak dah saya yang mula lancarkan perang kan. Start tu kot kitorang baik balik. Selalu la duk msj-msj. Tak pernah pun jumpa. Akhir tahun 2005 jumpa dia baru kenal rupa paras.

USM
Kemudian saya dapat sambung belajar ke USM. Kitorang masih lagi kapel la.  Ada jugak la badai melanda. Tapi yang membadai tu saya lah biasanya. Saya macam kurang yakin dengan dia, boleh ke dia jadi suami saya. Takut pisang berbuah dua kali kan. Ada jugak berkawan dengan orang lain tapi tetap masih kawan dengan dia. Susah nak berpisah. Mungkin sebab dia terlalu baik sampai saya rasa tiada alasan untuk saya tinggalkan dia. Eh, macam tu ker. (apesal terasa macam emo jer ni)

Kiki. Gambar bawah ni tahun 2007. Ni pertama kali kot publish. Bhahaha. Sememeh je masa tuh. Tu handbeg merah tu dia bagi hadiah. Eh, aiolls tak suka tau hbeg tu. Tapi kena paksa guna jugak la. Hahaha. Kitorang kan kontra jer. Masa mula-mula kenal banyak jugak barang yang dia hadiahkan tak kena dengan selera saya, dengan minat saya. Pakai jugak untuk ambik hati dia. Heeee...


Aidilfitri 2009 - Hahaha. Asben rambut style ape macam tuh???
KERJA
Bila dah kerja baru mula fikir untuk lebih serius. Baru fikir nak bina masjid. Kumpul duit sikit-sikit. Saya tak pernah cerita kat mak pasal dia. Tapi tiap kali raya dia akan datang rumah bawak kawan dia. Tapi mak pun tak saspek apa-apa la sebab ada jugak kawan laki lain datang raya kat rumah.

Then, bila satu hari tu famili dia singgah dari Kelantan. Singgah makan malam. Start hari tu la mak asyik duk tanya bila nak masuk mintak bila nak masuk mintak. Bahahaha. Alhamdulillah akhirnya merisik, bertunang dan berkawin.. Yeayyyyy..hehehe.

  Bila fikir balik hebatnya perancangan Allah. Even macam-macam dugaan yang kami hadapi, ada orang tak suka kami bersama, ada halangan dan ujian yang saya tak sangka sampai ke tahap ini. Syukur. Dia sangat sabar melayan kerenah saya. Sebab dia pernah cakap bila dia dah jatuh cinta, dengan orang tu la dia akan kahwin. Saya cinta pertama dia dan semoga saya jugak lah cinta terakhir dia. Semoga Allah panjangkan jodoh kami sampai akhir hayat kami. Aamiin.




4 comments:

  1. Alolo..sweetnye kak iza. Jeles mak jemah. Hehe. Mase tu zaman whatsapp2 xde lagi kan?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah ye :-)

    Salam kenal,
    Fara
    Fara Menulis Tentang..

    ReplyDelete
  3. Ana : Takde wasap lagi dear.hp pon 3310 jer.haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...