Para Pengikut..

Wednesday, 13 March 2013

Ke Jom Heboh dengan bot penambang.

Salam uollss..

Selalunya kalau ada Jom Heboh kat Terengganu saya sangatlah jarang meramaikan diri untuk kesana. Kureng suka sangat tempat ramai-ramai orang macam tuh. Nak cari parking lagi. Nak bersesak-sesak macam semut lagi. Rimas lemas Kak Jah. Tapi kali ni sebab duk Seberang Takir dekat pulak tu dengan pengkalan so, kami decide nak ke Jom Heboh naik bot penambang. Kerlass kan. Haha. Ni pun last minute punya perancangan.  Pergi dengan en.beliau dan kawan-kawannya.

Naik bot hanyalah RM1 satu hala perperson.
Tak de jammed.
Tak perlu susah payah cari parking.
Bye!
Dari jauh dah nampak kanopi-kanopi dipasang. Eh, nampak jugak pokok bercahaya*Pokok bercahaya??
Kami pegi lepas asar. Masa tu matahari dah nak terbenam.


Eh. Eh. Cantik lah pulak view ni kan* Perasan.

Eh, mak cik-mak cik yang naik bot sekali sila jangan pelik bila pandang saya asyik duk snap gambar tak henti-henti macam wartawan lagaknya kan. Sebenarnya mencari view paling cantik. Auwwww.

Dah nampak belon udara TV3 itu menandakan ada Jom Heboh disitu. Kitorang just pergi jalan-jalan mengira ribuan orang. Langsung takde feel nak beli pape. En.beliau mesti sangat lega kerana si isteri takde pun berbisik "Cantik kan baju tu, cantik kan shawl tu" Muahaha.

Ok. Dah lenguh jalan kitorang pon balik. So, apa motif pegi ke Jom Heboh? Sekadar mengira manusia yang ada. Motif kan.

Balik pulak sangat hepi. Masa ni odw balik ke pengkalan. Dalam bot tiba-tiba bunyi mercun disertai percikan bunga api yang cantik Subhanallah. Biasanya tengok pada malam 31 Ogos saja kan. Tu pun dalam TV. Haruslah macam orang tak pernah tengok bunga api. Kesian kan. Lalu kamera langsung tak henti dari tekan button. Kesian. Kamera bekerja sangat keras.









Penat kot snap tak henti-henti. Ok. Dah. Dah. Macam orang tak pernah tengok bunga api lagaknya.
*Eh, ni citer pasal Jom Heboh ke citer pasal bunga api??

2 comments:

  1. herm.. aku x sempat nak g jomheboh nie... sedeh... tggu tahun depan plak ah jawabnye :( herherher

    ReplyDelete
  2. hH : Tak best pun jo. Biasa-biasa jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...