Para Pengikut..

Tuesday, 19 March 2013

Weekend yang lalu - Cerita rojak.

Salam uollss..

Biasalah saya neh takdak story sangat. So, sembang kosong aja boleh? Weekend yang lepas ceritanya agak menyedihkan. Tapi nak buat macam mana kan. Tanggungjawab haruslah dilaksanakan. Memula saya plan ngan tiga orang kawan nak pegi kenduri opismate masa zaman u dulu kat Kelantan. Tup-tup kena datang opis hari Sabtu. So terpaksa la cancel. Waaaa. Tapi perancangan kawan untuk tido umah saya tetap jadi.

Hari Jumaat pon datang opis. Waiting and waiting...

Kemudian tengah hari tak tahu nak makan apa. Maklumlah hari Jumaat kedai banyak tutup. Kedai runcit depan opis tu pon tutup. So pergi lah KFC. Saya yang lapar sangat pon order la nasi ayam. Makan sampai licin uolls..
Kecintaan yang menjadi menu wajib setiap kali ke KFC.

Kemudian siap makan tiba-tiba dapat call cakap dah boleh balik. Ok. Fine. Tapau nasi ayam KFC jugak untuk en.beliau. Hope dia belum makan. Kalau dah makan pon paksa je la dia makan lagik. Muahaha.


Rupa-rupanya en.beliau tak makan lagi. Kesian. So, sebab nak keluar beli barang dapur kat Sabasun pulak kang malas dah nak balik rumah. Jadi kita makan kat pantai je okeh. Kelaparan sangat neh. Nak buat camno isteri pagi-pagi lagi kena g opis. Tak sempat masak untuk kamu. Maapkan shayer.


Kemudian habis beli barang dapur pegi pantai lagi. Sebab puan isteri mengidam nak makan ABC. Mengidam nak gemuk. ^_____^

ABC eskrem..



Balik dari Sabasun terus menyibukkan diri di dapur. Siang ikan dan ayam. Siapkan menu untuk malam. Sebab malamnya kawan saya Asma dari Kuantan nak datang rumah. Yeayy!!

Nak jemput Asma datang rumah naik bot boleh? Muahaha. Tanya drebar bot tuh perkhidmatan bot sampai kul brape. Beliau cakap sampai 10.30 malam. So, terus naik sampai ke Shahbandar.

(Asma sila terharu hokeh, jemput ko naik bot tau. Pestime naik bot malam-malam)


Masa sampai jeti tunggu pak cik drebar datang. Kul 8.00 malam baru bot bergerak.

Ampunkan saya. Gambo gelap pasal malam hari kan. Nak on flash malu habis kang orang tumpang nak bergambar. Muahaha.

Sabtu keesokan harinya. Dengan sayu hati hantar Asma dekat Ani yang dah setia menanti. Nak ikut jugak...Waaaaa...Lepas hantar diorang saya ke rumah mak.

Jari pulak menjadi mangsa pintu kereta. Alkisahnya saya langsung tak sedar bilamana pintu kereta tu tertutup sendiri sedangkan jari jemari masih di pintu. Sedar-sedar pintu dah makan jari isteri tuan kereta. Berairmata jugaklah menahan kesakitan.

Balik rumah terus tiada mood dan selera nak makan. Sob. Plus jari sakit kan.
Jadi dapat MC tak payah masuk dapur.Kihkih.


Petang pegi kerja lagi. Sangat bagus iolls kan. Pastu sebab lunch tadi sombong takde selera nak makan barulah perut berkeroncong. Pegi beli megi cup kat kedai depan opis. Makan megi saja.


Jam 4.30petang dah boleh balik. Ani dan Asma yang otw balik dari Kelantan culik saya dari opis. Kami menerjah makan chicken chop. Ha..Amik kau. Tadi cakap takde selera sangat kan..


Hari Ahad sebelum pegi opis hantar Asma pulang. Bye Asma. next time datang lagi =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...