Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 31 July 2013

Berbuka dengan Nasi Kerabu di Bazar Taman Syahbandar

Salam uollss.

Motif bagi tajuk detail sangat kan. Tak perlu cerita pape orang dah paham entri dengan hanya baca tajuk. Hiks.. Okey nak cerita hari tu saya mengidam sangat nak makan nasi kerabu. Ehem. Janganlah salah paham. Asal sebut mengidam je mesti fikir arah lain kan. Okey teringin nak makan nasi kerabu. Tapi dengan syarat nak makan nasi kerabu tu kat luar bukan kat rumah. Now teringin siap ada syarat bagai kan. Haha.

Saya kan dah bagitahu azam kali ni tak nak membazir beli belah di bazar. Tapi ada kala teringin pergi jugak. Macam hari tu berbuka dengan opismate. Beli makanan kat bazar pastu berbuka di taman. Masa tu bayangkan kami sampai lewat, dengan jam lagi, parking jauh jalan kaki nak menangis okey terbayangkan periuk nasi kerabu licin. Bayangan menjadi kenyataan. Empat gerai nasi kerabu licin. Sudahnya beli nasi beriani yang takde rasa pape. Sedeh sangat.

Kemudian nekad nak pegi lagi. Bukan senang nak set up masa dengan orang paling sibuk ni semata-mata nak ajak berbuka kat luar kan. Hehe. Sibuk sangat kononnya. Jadi kami menerjah jugak weekend yang lalu. Datang awal sikit takut kempunan lagi kan. Jumpa je gerai pertama terus beli.

Nasib baik rasa nasi ni adalah tidak menghampakan.

Hamboi. Mula-mula janji nak beli nasi kerabu je. Pastu beli murtabak jer. Kemudian masuk je bazar tu nampak itu sedap, nampak ini sedap. #Hoii kau mengalahkan orang puasa jer kannnn. Nafsu positif berbisik kecil. Hehe.


Siap beli dan balah terus menuju ke Taman. Makan kat taman. Lupa bawak tikar atau surat khabar pulak. Takpe kita landing atas simen ni suda. Ala-ala musafir di Aidilfitri gitu.
Kitorang berdua tak minum ais. Saya baru sekali minum ais dibulan Ramadhan ni. Tahniah diri sendiri yang kental menahan nafsu ais. En.beliau lagi la tak minum langsung kan. Jadi kita beli air soya suam.

Bau murtabak yang menusuk hidungku. Terus beli murtabak sebijik. Tupun makan tak sampai suku. Bungkus bawak balik rumah la jawabnya.

Kemudian ni adalah feveret en.beliau. Sedeh sangat awak ni ayam bertulang tu pun makan kan. Aiolss dah bosan tengok ayam ni. Hari-hari kot menu kita ayam kan. Macam mana nak kurus neh. Hakhak.


Dengar jer bunyi bedil terus makan. Sedap jugak nasi ni. Alhamdulillah nasi kerabu pertama di bulan Ramadhan. Pasni tak kisah la tak dapat makan pon. Kempunan dah hilang dah.

Muka kelegaan sangaaaatttt kannn.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...