Para Pengikut..

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan keenam.

Salam uollss.


Eh, gigihla pulak nak update hampir setiap hari di bulan Ramadhan kan. Tapi hari ni dah Ramadhan ke-8 baru gigih nak update dua hari lepas punya. Terhegeh-hegeh btol ahkak neh. Sekarang waktu bangun sahur makin hari makin lewat la. Hari 1st bangun jam 4 terus bergegas ke dapur. Semangat ahkak. Tapi semalam 4.40 baru bangun. Jam bunyi setiap 10minit boleh pulak buat-buat tak tahu kan. Haha.

Macam kenal je masak lemak cili padi udang tu kan. Muahaha. Yes betol. Tu adalah semalam punya. Sebab kuah banyak lagi tapi udang dah tinggal sikit jadi tambah je lagi udang beberapa ekor. Nah. Tak perlu masak kuah lain lagi. Nampak tak SANGAT rajin disitu kannn.

 Pastu masak kerang berlada. Pedasnya ya ampunn.

Okey tu je lauk untuk sahur. Sebab lewat da tak dang dah goreng sayur sekali. Biasanya jam 5.10 pagi saya pastikan dah mengadap makanan dah.

Tengahhari kat opis macam biasa msj en.beliau tanya nak makan apa. Beliau cakap bosan nak makan nasi so nak makan apa saja selain nasi berlauk. Ok beres bos. So, decide nak masak mee kari. En.beliau setuju jer. Terus duk terbayang-bayang bahan-bahan cukup lengkap tak. Takpe la yang takde kita masak simple jer kan. 




Nyum. Nyum. Bertambah-tambah la pulak makan mee kari ni kan.
 

Lepastu sebelum tido makan lagi habiskan mee yang ada. Mee sebungkus tu kami makan berdua okey. Tapi sesuai la. Kuantiti sekarang dah tak sebanyak dulu. Dulu boleh makan 4-5 orang kan. Now kalau ada 4-5 orang kena beli dua bungkus lah.


Ok. Macam biasalah jangan harapkan resepi disini yer. Nak resepi sila tanya incik Gugel. Muahaha.



8 comments:

  1. Bulan puasa tak elok membazir, jadi tak salah tambah udang tue. Bagus! Hehehe! Sedapnya mee kari! Tergugat iman tengok gambar. Hahaha! :D

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..terliur sy..hihi

    ReplyDelete
  3. Arol : Nampak dimata sedap je kan. Dilidah tu biasa-biasa saja.hehe.

    ReplyDelete
  4. Hani : Hihi. Cepat buat buka puasa karang =)

    ReplyDelete
  5. sedapnya mi kari cik jah.nak buat jugak la weekend ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Sis : Bosan jugak makan nasi hari2 awak.. Heee..

    ReplyDelete
  7. nanti kita balik jgn lupa buatkan ye .. hiks

    ReplyDelete
  8. HH : Okey. Awak sediakn semua bahan. Aiolss nak duk depan periuk jer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...