Para Pengikut..

Klik Me =)

Sunday, 14 July 2013

Weekend di rumah mak mertua

Salam uollsss..

Ni baru betul-betul basi punya celita. Wekend yang lalu balik rumah mertua. Alahai macam jauh je rumah mertua kan. Sebulan sekali baru berkesempatan balik. Padahal sebelah daerah jer kot. Nak buat macam mana masa dan kewangan sentiasa menbataskan. Huwaaa. At least balik jugak kan.

Mula-mula plan nak lalu kat highway. Tapi malas la pulak. Kata drebar bosan la lalu highway asyik nampak pokok jer kan. Kedai makan pun susah. Jadi lalu kat pantai. Konon boleh tengok pantai ke hoii malam-malam buta neh. Hehe. Kitorang bertolak lepas isyak. Balik rumah mak dulu ambik durian. So, sepanjang perjalanan perfume kereta adalah durian. Sampai pening saya neh.

Berenti kat Paka makan roti canai. Mula-mula nak basahkan tekak jer. Tapi tengok orang sebelah order roti sardin terus order jugak. Sedap sebab tebal dan tak kedekut sardin dia neh. Tapi tak ingat la kedai tu nama apa. Hee. Tak bley nak review la kan.
Duk rumah mertua asyik kena tinggal jer dek laki. Takpe-takpe. Saya bagi can awak keluar mancing, lepak-lepak dan ngeteh dengan kawan-kawan dan kazen awak. Saya tak kacau awak la. #Pasrah.
Saya kat rumah selain duk dapur, main candy crush pastu duk melayan adik ipar yang bongsu. Muahaha. Lama dah tak main game ni.


 Pastu adik ipar merengek-rengek nak ajak g jalan. Bosan la dik. Dua orang lagi adik ipar keje. Ma pun tak bleh keluar kena jaga kedai. Huwaaa.. Keluar je la berdua ngan adik bongsu manja neh. Sampai kat pantai hujan la pulak. So, duk lepak dalam kereta saja. Kesian kamu dik. Hehe.

Ok. Keesokan harinya keluar lagi. Mula-mula pegi rumah tok. Sembang-sembang dengan tok. Banyak cerita la keluar dah sebulan tak jumpa kan.  
Singgah pantai lagi. Tu pun sekejap je la. Hujan renyai-renyai pulak turun.

Adik bongsu en.beliau. Budak manja dia neh. Kalau Kak Long balik konpem hp Kak Long jadi milik dia. Habis diterokanya game dalam tuh. Kak Long pon tak habis explore lagik. Memang kaki gadjet neh. Pasrah je la adik oiii.
 Hiks. Okey. Snap gambar dalam hujan pon boley kan.

Rasanya tak cukup tiga hari meluangkan masa bersama famili mertua. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya dapat jugak jumpa. Nanti raya boleh jumpa lagi. Owhh. Tahun ni raya pertama dirumah mertua.
Tak sabarnya.
 Odw balik rumah lalu kedai jual makanan atas tu. Ape ntah nama. Cakap kat en.beliau best jugak kan makan panas-panas. Haha. Dah bau baru terasa nak makan kan. So patah balik beli. Makan panas-panas sedapnya. Ada dua jenis. Satu takde inti bentuk panjang dan satu lg bentuk leper ada inti kacang. Yang kacang tu sedap. En.beliau dah kenyang. So, saya makan sorang-sorang. Muahaha.
Sampai rumah terus bukak plastik berisi yang mak mertua kirim. Alhamdulillah. Mekasih ma. Moga murah rezeki ma sentiasa.

Bawang merah
Maggi cap ayam
Gandum
Bihun
Gula
Sos cili
Garam halus
Kunyit
Keropok

dan

yang penting jeruk pauh.

Sedapnya. Setiap kali call mesti mak mertua tanya bila nak balik sebab dia simpan jeruk pelam untuk saya. Dah tau menantu dia hantu makan asam kan.

Mekasih sekali lagi ma. InsyaAllah saya akan jaga anak ma baik-baik. Heee.

 Balik rumah asyik duk menguyah asam ni jer. En.beliau pun suka jugak. Sekarang dah separuh dah. Nanti nak beli pauh lagi refill bekas tuh. Heee.

Ok. Tu jer nak story. Daa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...