Para Pengikut..

Wednesday, 24 July 2013

Berebut nak raya di kampung masing-masing.

Salam uollss.


Eh, tajuk entri tu tak berkait dengan kitorang tau. Pon nak bagitahu kan. Kitorang ok jer. Open minded gitu. Tapi lagi bagus kalau raya 1st tu kat umah saya dulu kan awak. Haha. Open la sangat kan. Ini kali ke-2 kami beraya sebagai suami isteri yang sah disisi agama.



Dan YES!. Alhamdulillah dapat en.beliau yang super tak kisah nak raya mana dulu. Even dia anak sulong anak manja ma nya. Dan dia pon Alhamdulillah jugak kot dapat puan isteri yang ikut je kemana dia nak beraya. Nak jugak kan. Haha. Tapi yang susahnya adalah bila masing-masing selalu takde kata putus macam tahun lepas punya cerita. Awal lagi konon-konon dah plan nak raya kat kampung siapa dulu kan. Rasanya dalam sebulan kahwin tu pon ada kot kami diskus. Gilew kau masa tu kawin kan bulan MAC. Haha. Nampak tak semangat disitu.

Saya : Kita nak raya mana dulu tahun ni b?
Dia : Tak kisah la mana-mana pon. Syg rasa mana dulu?
Saya : Tak kisah la. Syg ikut jer mana-mana pun.
Dia : B pun tak kisah. Boleh belaka.

Lalu?? Kita nak raya kat mana??Kita pegi raya ke Kuala Lumpur jer la nakkkk. Haha. Motif kan.

Begitula. Tapi akhirnya kami berjaya membulat keputusan.

Raya Pertama : Kampung saya
Raya Kedua - Raya Keempat : Raya di kampung en.beliau di Air Lanas Kelantan (sebelah emaknya)
Raya Kelima & Raya Keenam - Raya dikampung en.beliau di Bachok Kelantan (sebelah ayahnya)

Kemudian barulah balik kampung saya pulak.

Buat pengetahuan korang family en.beliau duk daerah Dungun. Saya pulak Kuala Terengganu. Dalam satu jam sampailah kalau tak jem kan.

Alkisahnya tahun ni pon sama. Awal-awal tahun hari tu saya dah tanya tahun ni nak raya kat mana kan. Macam biasa jugakkah boleh copypaste je perbualan kami kat atas tu. Tapi dalam bulan puasa ni barulah kami membulat tekad.


Raya Pertama : Beraya di Dungun. Sepanjang puasa ni kami tak sempat balik berbuka bersama famili in law jadi dua hari sebelum raya InsyaAllah dah balik ke Dungun. (Eheemm. Tapi sebenarnya saya harap lepas berbuka baru bertolak balik Dungun sebabnya abang kakak dan anak-anak buah sampai petang itu. Nak sangat berbuka ramai-ramai dengan dengan diorang)


Raya Kedua - Raya Kelima : Balik ke Kuala Terengganu di rumah saya la pulak kan. Tapi tahun ni dah duk rumah sewa. Mungkin tak tidur rumah mak pun. Tidur rumah sendiri suda. Raya ketiga ayah buat kenduri arwah kat rumah. Sebab tu raya kedua dah balik Kuala Terengganu. nak tolong apa-apa yang patut kan.


Raya Keenam & Raya Ketujuh - Saya dah masuk kerja dah. Tak perlu la nak bold kan. Haha.

Raya Kelapan - Raya Kesepuluh - Beraya di Dungun. Amboi raya sakan nampaknya. Haha. Balik ke Dungun semula sebabnya adik ipar bertunang hari Jumaat itu.

Mula-mula mak mertua plan nak balik kampung di Kelantan. Tapi macam tak jadi je. Takpela ma. Nanti raya haji kita balik okey.



Ecece. Ni raya tahun lepas tema GREY. Taun ni en.beliau nak pakai baju nikah dia jer kaler CREAM tu. Famili mil pulak tema kaler MAROON. Jadi aiolls terpaksa bergabung kaler MAROON + CREAM. Hikss.

Okey tu jer. Buat korang selamat membuat keputusan untuk beraya di mana. Heee..

=)







6 comments:

  1. assalamualaikum...
    saya x perlu bincang. setiap thn dua kg pon blk m cuma bezanya raya pertama kat mana dulu tu ikut turn. selang sethn.
    eh, kg suami saya kat kuala terengganu. saya di bachok klate. twist pulak kite. :)

    ReplyDelete
  2. sama la hani..ikut je la laki kata rye kat mana...last2 suami ckp balik kelantan rye ke2 ok...xpela..janji balik kan...hihi

    ReplyDelete
  3. Kak Ina : Waalaikumussalam kak. hehe. Tau dah akak sebab kita stalk sokmo blog akak. Haha.


    ReplyDelete
  4. Oney : Btol2. Mana2 pon tak kisah janji balik kan oney =)

    ReplyDelete
  5. Saya raya di key el je harhar :p

    ReplyDelete
  6. HH : Jangan buat muka kesian sangat boley tak? Hewhew..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...