Wednesday, 28 May 2014
Nikmat.
Monday, 26 May 2014
Kedai hiasan vantage & English style di Romantika Home Mart, Paka, Terengganu
Sunday, 25 May 2014
Review : Nasi kukus sedap di Kerteh, Terengganu
Friday, 23 May 2014
Sporting ke tak?
Salam korang..
Tetiba bagi title bertanda soal kan. Hehehe. Tak tau nak tulis tajuk apa. Kang tulis tajuk jadi panjang berjela-jela pulak.
Title : Korang sporting ke tak kalau suami ajak keluar lepak dengan kawan-kawan dia?
Hahahaha.
Okey. Malam ni sembang-sembang kosong jer okey. Just nak share pasal sporting atau tak.
Lately sejak berpjj Dungun-Kuala Trg ni sayalah yang selalu balik Dungun. Dan biasalah balik time weekend kan. Time tu jugak lah en.beliau nak date dengan kawan itu, date dengan sepupu ini. Dan biasanya saya diheret sekali la. Dah kita pun jumpa dia seminggu sekali, tak kan kita balik dia keluar kita duk terperuk kat rumah je kan. Ikut je la mana dia pergi. Bukan dia ajak pegi karoke, main snuker pun. Just lepak kat taman sembang-sembang ngan kawan dia, takpun lepak kedai makan. Macam tu jer pun rutinnya.
Banyak kali jugak la time keluar ngan kawan-kawan dia saya sorang je isteri yang ada. Ada jugak yang dah beristeri tapi tak bawak pun isteri dia. Ai is rasa serba tak kena pulak..lalu hati kecil berbisik.
-kang kawan-kawan dia cakap mengadanya bini Iwan, keluar minum pun nak ikut.
-kang kawan dia rasa tak selesa nak sembang pape
-kang kawan dia cakap macam dia sorang ada isteri nak jugak bawak isteri dia.
Huhuhu.syaiton berbisik jahat sekali.
Bila suarakan kat en.beliau marahlah dia coz pikir macam tu. Padahal kawan dia marah kot tak ajak isteri sekali. Jumpa dah jarang pastu bila balik nak tinggal kan pulak. Kikiki. Sori kawan-kawan en.beliau. Sekarang dah rasa lega. Sebenarnya saya bukan kuat sembang orangnya. Tambah-tambah orang yang tak kenal rapat. Tambah-tambah lagi dengan lelaki kan. Kalau keluar pun sekadar nak hormat permintaan en.beliau. Saya dengar dorang sembang sambil fb,ig,main game. Pastu dengar part lawak-lawak join gelak jugak. Gitewww.
Eh, dulu saya pernah merajuk. En.beliau nak keluar ngan kawan dia. Dia beria la ajak saya tak nak keluar. Pastu sendiri sentap. Hantar msj berbau emosi. En.beliau tak layan, balik lewat pulak tu. Arghhh. Lagi la sentap mak. Pastu dia balik dah lewat pagi paksa saya suh keluar jugak. Nangis-nangis la dalam kereta kena bebel dek suami. Haha. Padan muka. Tapi itu dulu lah. Masa mula-mula kawin macam tak bleh terima hakikat skit bila dia keluar ngan kawan-kawan. Jeles kot ngan kawan-kawan dia. Bhahaha. Childishnya masa tu.
Tapi bila saya fikir balik dalam hal sahabat ni en.beliau tak pernah halang la saya. Dia tak kisah pun kalau saya keluar ngan kawan-kawan nak pegi mana-mana. Macam nak pergi kenduri kawan rapat saya kawin. Dia tak nak join pun sebab nak saya berlama-lamaan dengan kawan-kawan. Cuma kalau takde kawan teman terpaksa jugak ajak dia. hehehe. Dia pun tak kisah hari raya saya ajak pergi raya rumah kawan itu, kawan ini, dia ikut je pun even tak kenal kawan-kawan saya. Sebab tu dia nak saya pun tak kisah.
En.beliau ni ada geng kampung dia yang sangat rapat la. Dari zaman sekolah lagi sentiasa bersama. Bila dengar diorang duk cerita nostalgia dulu-dulu gelak guling-guling la kita. Respek jugak la kat diorang masih kekalkan keakraban. Kawan-kawan pun mulut boleh tahan riuh, pedas berapi. Kira geng-geng hati kental tahan kutukan. Kalau kau jenis jiwa mudah sentap gud bye la. Hahaha. Tula en.beliau cakap kawan-kawan dia susah nak ajak isteri takut ada yang sentap dengar lawak melampau diorang. Tapi ada aiolls kesah. Sukati la korang nak sembang apa. Aiols sibuk bina benteng tak nak bagi zombi masuk rumah ni. #plantsvszombies.
Bhahahaha.
Thursday, 22 May 2014
Buat yang sentiasa cakna
Maha Kuasa Allah..Sedangkan Mariam yang tak punya suami pun Allah kurniakan zuriat.
Kita pula pertikaikan...
"dia dah kawin, bila lah giliran aku"
"dia dah ada anak, aku ni ntah bila"
Namun jarang sangat kita cakap "dia dah meninggal, aku ni ntah esok lusa"
Sedangkan kuasa Allah tak pernah terawal tak pernah terlewat mengikut saat dan masa yang telah ditetapkanNya.
Yang paling perit bila orang lain yang mula bertanya dan terus menerus bersuara. Bukan mereka tak tahu rezeki ditangan Tuhan. Bukan mereka tak ingat akan hikmah bagi orang yang sabar. Tapi mungkin niat untuk cakna.
Terima kasih bagi yang sentiasa cakna. Semoga Allah merahmati hidup kalian.
Sunday, 18 May 2014
Kisah tong gas
Akhirnya gas kat dapur habis jugak. Risau sangat gas ni lama tak habis-habis. Eh,gas tak habis pun nak risau kan. Risau sebab pertama kali gas habis kat rumah sewa 2nd ni. Mana nak tuju nak pegi beli. Nak kena angkut berdua ngan anak sedara tu ke. Huwaaa. Pasal gas pun boleh seteress tau tak.
Pertama kali beli gas bulan Januari 2013 masa kitorang start menyewa rumah 1st dulu. Eksaited kemain dapat beli tong gas. Ialah tong gas ni ibarat tiang dalam sesebuah dapur. Perkara yang terpenting la katakan.
Kemudian bulan Jun 2013 gas habis. Kemain ingat tau. Haha. Masa tu en.beliau ada. Dia la yang angkut bawak turun. Beli kat kedai tingkat bawah tu je pun.
Kemudian Januari 2014 berpindah ke rumah 2nd ni. Still tong gas yang sama tidak berganti. Akhirnya semalam habis jua. Kiranya nak masuk setahun jugak la kan. Eh, ye ke idok ni asben?? Ke awak pernah beli tong gas tanpa pengetahuan sy?
Tadi balik kerja plannya lepas maghrib nak ajak anak sedara pegi beli gas. Tunggu kat dapur kot-kot ada yang lalu lalang boleh tanya kat mana ada jual tong gas.
Tiba-tiba tuan rumah lalu nak pegi masjid. Terus tanya tuan rumah. Dan-dan dia pegi rumah sebelah mintak tolong ngan cucu dia.
Alhamduliah. Dapat jiran yang sangat concern, baik hati. Yeay dah dapat masak lagi.
Saturday, 17 May 2014
Hadiah hari guru.haha.
Dah kenapa awal-awal tajuk dah gelak kan. Haha.
Hujung minggu ni plannya tak nak pun balik Dungun. Tapi ada la seseorang tu beria call suruh kita balik. Hehe. Alasan baik punya. Padahal kalau ikutkan hari-hari nak balik. Muahaha.
Sampai je rumah, en.beliau terus bawak lari kereta kita. Nak bawak pegi baiki katanya. Tak habis-habis lagi baiki.
Balik je dia ajak masuk dalam kereta. Yeayy. Kereta dapat gadjet baru. Tq asben!!! Asben ni dia tak update sangat gadjet-gadjet teknologi mobile dan sewaktu dengannya. Tapi sebut pasal kereta ni memang tak pernah kalah la. Sampai kita yang dulu tak tau sangat pasal kereta pun dah berjangkit dengan dia.
Nampak keta kaler cantik je terus snap gambo, nampak rim lawo je jatuh cinta. Tapi nak isi angin tayar serah kat asben. Bhahaha.
Tq sangat asben. Jaga kereta saya macam kereta awak. Beli perfume kereta saya bila perfume habis, bawak kereta saya pegi basuh kat car wash. Tolong pam tayar sentiasa. Tolong isi minyak sentiasa. Hahaha. Dan tak lupa tolong membebel pasal kereta sentiasa. Hahaha.
Pastu tanya en.beliau..
"Ni hadiah sempena hari ibu ke b"
"Tak lah. Sempena hari guru. B kan anak murid syg"
Kahkah. Terima kasih again asben. Moga Allah murahkan rezeki awak sentiasa. Aamiin.
Monday, 12 May 2014
1st Give Away by Mieyza Roslan
Thursday, 8 May 2014
Fitnah
Salam uolls.
Hari ni aku geram sangat. Geram,marah,stress,sedih pun ada. Tak pasal dah ber-aku kan. Tapi yela. Kalau ber-saya tak nampak sangat aku betul2 marah. Kahkah.
Banyak kali dah dengar dia mengata aku ngan hubby macam2. Tapi aku rileks je. Siap nasihat kat hubby jangan layan, nanti kita pun jadi bodoh macam dia.
Pelik gak apa yang dia benci sangat kitorang sampai nak fitnah macam2 kan. Takpelah. Asal kan kau rasa kau bahagia kat dunia ni takpela. Kat akhirat pun aku doakan kau bahagia jugak lah.
Kesian kat kau, kesian sebab macam takde perkara baik kau nak cakap kan. Uish. Aku pulak terjebak mengata kau kat sini.
Ok. Last but not least, terima kasih banyak2 untuk kau. Kitorang tak pernah menyesal pun kenal kau. Bersyukur ada Tuhan bagi kitorang kuat untuk mendepani orang macam kau.
Buat en.beliau, terima kasih banyak2 selalu ada terutama saat saya sedih. Huhu. Terkejut dia dengar isteri nangis dan2 nak balik malam ni.kehkeh.
Wednesday, 7 May 2014
Belajar jahit manik
Bercanda di pesisiran pantai.
Tuesday, 6 May 2014
Puasa bulan Rejab.
Monday, 5 May 2014
Suami mengidam.
Salam uollss.
Kalau balik Dungun biasanya tiap-tiap malam adalah turn kami berdua keluar. Sori adik-adik tak dibenarkan ikut. Bagi lah can kak long kawasan nak bermanjew dengan abg korang. Seminggu tak jumpa okey. Korang dah hari-hari jumpa abg. Bhahaha.
Malam jarang makan kat umah. Biasa kitorang makan kat luar je. Kadang-kadang kalau dah kenyang beli kudapan je ngan nescafe makan kat taman, sambil sembang pasal masa depan. Ceewah. Haha.
Tapi macam dah takde idea sangat tau nak carik kedai makan ni. So, sentiasa terjah kedai '1st time makan' la. Kalau ok baru kita terjah 2nd n 3rd pulak. Kesian betol kitorang.
Hari tu tak semena-mena en.beliau cakap rasa loya la, mual la. Tak nak makan nasi, tak nak makan masakan berkuah. Lor,habis tu nak makan apa?? Ni kes makan tak teratur la. Dia jarang breakfast yang betul-betul pagi. Breakfast dia jam 11am, kadang2 tengahhari baru breakfast. Dah skip lunch. Malam baru makan. Kadang2 kalau makan petang, terus tak makan malam. Patutla perut tu masuk angin, mual loya macam2 la.
Tetiba en.beliau cakap "rasa nak makan chicken chop la". Amboi. Terus la aiols cakap dia mengidam. Hehehe. So, pegi Mama Papa Chop Steak, ok jugak chicken chop dia, order hash brown jugak. Nyum nyum makan panas2.
Thursday, 1 May 2014
Permainan indoor zaman kanak2 dulu
Salam uolls..
Ni bersiaran dari Dataran Merdeka, Dungun. Penuh padat sini ha, dengan kelab kereta wira, myvi, budak2 moto. Eh, kelab lori pun ada. Tak nak kalah. Haha.
Eh, nak stori pasal permainan ni ha. Tadi bosan sangat kat umah. Mula-mula adik ipar ajak main kad. Eh, sori la dik, tak mencabar minda langsung. Terus teringat permainan zaman kanak-kanak dulu.
Adik-adik beradik aiolls ramai. Jadi masa kecik nak main satu-satu games indoor kena yang boleh libatkan ramai. Kang ada yang merajuk, nangis termasuklah saya. Bhahha. Indoor ni main time malam takpun musim tengkujuh mak tak bagi main hujan duk dalam rumah bosan so macam-macam games la main. Biasanya kitorang main batu seremban, tutup botol, main khemah2, karom. Yang paling rare sekali main harta karun, sampai dalam periuk mak sorokkan harta karun. Haha. Sambil menangis la carik. Macam-macam lagi la.
Lalu tadi tercetus la idea main ngan adik ipar. Ni yang biasa main jugak masa kanak2 dulu, tak tau apa nama tapi kitorang panggil 'main nama negeri'. Mungkin salah satu part adalah nama negeri. Sure korang pun biasa main kan. Pilih huruf awalan pastu fikirla adjad tu untuk negeri, benda, binatang, buah apa. Sama tak ngan korang main??
Tapi ngan adik ipar tahun tiga tu saya pilih buah, benda dan binatang je. Kang negeri bertahun fikir tak dapat jawapan. Hehehe. Bagus jugak, dapat improve ejaan dan idea dia jugak.
Elok-elok main je tak habis satu mukasurat pun lagi nampak dia dah lain. Hehehe. Bosan la tu. Pastu muka mencuka masuk bilik hempas pintu. Dia sempat cakap "tak aci la kak long pilih huruf susah, kak long takpela cikgu" LOL..
Hehe. Biasalah kanak-kanak tak leh lama-lama kan bosan dia.