Para Pengikut..

Monday 15 December 2014

Pengalaman mendewasakan.

Salam uollsss..
 
Bosan-bosan ni mari sembang-sembang.
 
Hari ni kebosanan kat opis. Ada dua-tiga orang yang bercuti plus cuti bersalin plus masih warded di hospital. Sunyi sepi jer rasa. Terengganu plak 2-3 hari ni dah start hujan balik setelah berminggu-minggu panas. Ni hujan lebat, hujan sekejap-kejap langit gelap tak nampak matahari macam nak datang banjir peringkat ke-2 je ni. So, hati-hati lah pada yang rumah kawasan rendah tu okeyy. Sediakan payung sebelum hujan.
 
 
*****
 
Masuk hari ni dah seminggu drive sendiri setelah lebih-kurang lima bulan kot pergi kerja menumpang opismate and kalau balik Dungun or kemana-mana dengan asben mesti dia ada teman sebelah. Hurmm. Kadang-kadang bila kenangan tu datang masa tengah drive pon tiba-tiba rasa menggeletar lutut. But life goes on. Istigfar banyak-banyak, ingat Allah banyak-banyak. Macam mana sekalipun saya kena kuat dan berdikari. Ceewahh. Ayat nak tenangkan diri nampaknya.
 
Ujian Allah bagi untuk matangkan kita, untuk mendewasakan kita. Semoga kita terus kuat untuk hadapi segala ujian dariNya.
 
 
*****
 
Sedih bila ada yang masih perli soal zuriat. Dan sebenarnya lebih ramai yang bagi kata-kata semangat berbanding yang bagi kata-kata perli menyakitkan hati. Tapi macam yang saya cakap mengalaman mendewasakan. Bila ada blogger pm saya, kawan wassap saya tanya "Kenapa Fizah nampak kuat sangat, macam rileks je even dah nak masuk tiga tahun belum dapat rezeki zuriat"
 
Kenapa??
 
Sebab terlalu banyak ujian Allah bagi pada hidup saya, pada keluarga dan kawan sekeliling..hingga saya rasa cukuplah, cukup sangat dengan rezeki Allah bagi setakat ini. Bukan tak pernah berusaha, sentiasa berusaha terutama mengharap dalam doa, namun tak pernah pon mempertikaikan kekurangan kerana rasa sudah terlebih dengan apa yang Allah bagi.
 
Melihat orang terdekat bercinta bagai nak rak, kawin punya anak berderet-deret namun akhirnya tiada jodoh, suami kawin lagi, cerai isteri dengan anak berderet-deret yang kadang-kadang tak cukup makan, tak cukup pakai. Nauzubillah. Saya bersyukur punya suami yang menyayangi saya seadanya, punya keluarga besar tempat bergantung harap, punya keluarga mertua terutama ibu mertua yang tak pernah anggap saya sebagai menantu, tapi anggap saya sebagai anak kandung sendiri. Menyayangi saya sedalamnya, menyuap makanan untuk saya, berkongsi apa saja dengan saya, terlalu mengambil berat. Allahhh. Betapa saya tak pernah rasa kesunyian dengan kasih-sayang yang Allah sampaikan melalui keluarga sekeliling.
 
Dan bila dua kali mengalami kemalangan seusia perkahwinan ini barulah saya sedar, betapa Allah menyayangi saya. Masih panjangkan usia saya supaya masih dapat merasa dan memberi kasih sayang. Dan bila satu saat saya kemalangan seminggu sebelum Ramadhan yang lalu lagi bertambah rasa syukur. Kereta terbabas berpusing 2-3 kali dan dalam kereta saya mampu menyebut nama Ya Allah, Ya Allah berkali-kali. Dan ketika kereta berpusing saya hanya nampak tiang elektrik di hadapan hingga kereta merempuh tiang elektrik dan tembok batu.
 
Hancur luluh hati ini.
 
Namun bila suami, mak dan ayah mertua sampai memeluk saya dengan erat dan mengatakan betapa bersyukurnya mereka melihat saya selamat....Ya Allah...Andainya saya sudah punya anak ketika itu, dan terjadi apa-apa pada anak saya macam mana entah rasanya. Mungkin yang punya anak saja tahu perasaan itu. Syukurlah Allah masih panjangkan usia saya. Dan kerana itu saya menjadi setabah dan sekuat ini. Terima kasih Allah atas pengalaman ini.
 
Dan ingatlah ujian Allah untuk mendewasakan kita, Allah tak kan uji kita dengan apa yang tak mampu kita depani, makin kuat Allah uji makin menjadikan kita kuat. Dan andainya kita rasa ujian ini terlalu berat buat kita percayalah ada yang diuji lebih berat dari ini dan mampu hadapinya..
 
 
 
 


8 comments:

  1. *nangis bawah meja office*

    ReplyDelete
    Replies
    1. cliche sangat.takde tempat lain ke nak nangis bro.

      Delete
  2. fiza kuat! rezeki Allah bg ni lain2 fiza.. percaya rezeki tu ada..cepat atau lambat jerk kann.. =) sy masih percaya lg kata2 ni "Allah tak bagi apa yang kita minta, tapi Allah bagi apa yang kite perlu"... berdoa selalu.. insyaa Allah.. dapat apa yang dihajati.. selalu bersedekah, & minta org tu doakan yg baik2 untuk kita.. buat baik bukan dgn manusia je.. Dengan haiwan pon.. Bg makan contohnya .cakap dengan dia.. "kucing.. doakan aku punya zuriat macam kau ye"... =)

    ReplyDelete
  3. prncgn ALLAH itu ada cuma bila kt tak pasti..sbr ya sis..
    mmg sis nampak kuat..

    ReplyDelete
  4. manusia mmg begitu. ada je benda nk disoal dan dipersoalkan...mereka x berada kt tmpt kita so mrk mmg x tahu apa yg kita rs...biarlah DIA shj yg tahu...pedulikan kata2 mrk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairin, ha ah.pekakkan telinga je la mampu =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...