Para Pengikut..

Thursday, 23 April 2015

Perkembangan.

Salam uollss..
 
23/04/15
Hari ni Khamis. Kalau ikutkan dah lebih dua minggu  delay miss P neh. Sabtu lepas actually dah pegi klinik cek doktor. Tapi doktor cakap tak clear pon lagi. Huhu. Selagi tak nampak kat mesin scan tu selagi tu la saya rasa tak keruan jer neh. Sabtu ni kot pegi scan lagi sekali. Hope boleh nampak tanda-tanda awak yer.
 
 
Setakat ni belum rasa loya nak muntah tak selera makan ke. Cuma sakit br**t memang tak hilang lagi la dah tiga minggu kot sakit sebelum tarikh sepatutnya miss P datang lagi. Tu ingat tanda-tanda nak datang miss P. Ada jugak sakit kat dada, sakit pinggang kat area belakang. Nak tido pon sakit sangat. Kejap mengiring, kejap menegak, kejap mengiring lagi. Meniarap je tak boleh. Heheh.
 
Pastu dua minggu ni memang tido tak lena. Asyik berjaga je. Kul 9.30pm paling awal time kita tido sebab penat sangat. Pastu kang kejap kul 12.00 terjaga. Sambung tido then dalam kul 3.30am terjaga lagi. Pastu 5.30am terjaga lagi. Terus tak tak dapat tido dah guling-guling je tunggu azan subuh.
 
Semoga awak behave inside there okey =)

Sunday, 19 April 2015

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung.

Salam uollsss..
 
 
Perkongsian hari ni tentang doa-doa untuk ibu hamil. Hehe. Kat opis ni ada majalah PAMA, so bosan-bosan belek majalah ni. Bagus jugak. Nanti nak cari senang. Belek kat blog sendiri jer. Hehehe.
  • Surah Ali 'Imran,3: Ayat 8-9 (Doa memohon rahmat)
  • Surah Ali 'Imran,3 : Ayat 38 (Doa memohon zuriat yang baik )
  • Surah Ibrahim, 14 : Ayat 40-41(Doa agar anak mengerjakan solat)
  • Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
  • Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  • Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  • Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surah Toha (Semoga bayi lembut hati)
  • Surah Al-Nahl (Untuk melahirkan anak yang berdisiplin)
  • Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
  • Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)


Wednesday, 15 April 2015

Pahit pahit..manisnya akhirnya.

Ahad, 12 April 2015
 
Petang Ahad tu balik kerja ada adegan menakutkan. Otw balik rumah dari opis. Nak sampai kat rumah dah pun, dalam 5 minit je lagi kot. Tengah-tengah drive tu tiba-tiba ada bunyi something kat tayar belakang. Terkejut gila. Ingat ada orang langgar belakang. Tengok cermin sisi, takde apa. Bunyi kuat sangat, kereta bergegar. Pastu terus terpikir tayar tertusuk skru hari tu. Sah tayar tu bocor.
 
Then, berenti kereta tepi jalan cek tayar empat-empat tengok ok je. Tapi bunyi kuat sangat risau sangat. Masa tu kat jalan utama, jalan besar, tengah sibuk time orang balik kerja kan. Terus bagi signal ke kiri bawak kereta 10kmj cari tempat selamat berentikan kereta tempat lapang sikit. Saya keluar dari kereta cek tayar lagi.
 
Kemudian datang la sorang abang ni naik motor. Dia cakap tayar belakang kereta kita keluar api. Whatttt???terus berdebar kencang dada neh. Dia cakap dia nampak masa dari atas jejantas tadi, then turun nak bagitau kita. Abang tu punya bersungguh terbongkok-bongkok nak tengok apa yang ada kat tayar. Rupanya ada besi panjang terlekat kat rim. Sampai panas beli tu. Tak tahu la masa bila tersangkut kat rim tayar. Nasib baik takde pape. Takotnyaaaaa..
 
Alhamdulillah Allah hantar abang baik hati tu tolong kita. Susah jugak nak cabut besi yang tersangkut tu. Siap cari kain buruk sebab panas sangat. Semoga Allah murahkan rezeki kamu cik abang.
 
Keesokannya dapat satu berita menggembirakan. Rupanya dalam pahit-pahait perkara yang terjadi tu Allah balas manis akhirnya. Terima kasih Allah =)
 

Monday, 13 April 2015

Makanan untuk orang berpantang.

Salam uollsss..
 
Kawan-kawan saya kat facebook sweet sangat tau. Kalau kita share je pasal kehamilan, pantang, anak ni semua terus pm tanya kita dah berisi ke??hehehe. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan. Kita memang suka share, ilmu katakan. Satu lagi sebab nak post kat blog kang senang nak cari kat page sendiri je. So ni saya share dari group Legacy Secret Trading. Suka group ni sebab selalu share pasal kehamilan ni semua. 
 
1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Thursday, 9 April 2015

Rindu menggamit.

Salam uollsss..
 
 
Rindunya kat ma mertua ai yang jauh dimata dekat dihati nung. Kalau dua minggu tak balik mesti sibuk duk msj tanya "bila kak long nak balik, bila kak long nak balik, ma rindu sagat ni". Hehe. Sori ma. Hari tu lama tak balik bizi sangat kenkononnya. So Sabtu lepas balik la jugak. Ahad kerja. Balik kejap je la. Tu pun petang Sabtu baru bertolak sebab ada kenduri then pegi tengok baby opismate.
 
Bila tau je menantu dia nak balik lewat terus msj pujuk suruh balik awal. Siap cakap tak nak pegi kenduri nak tunggu menantu balik. Sebab ma masak nasi minyak gulai burung puyuh. Hehe. Apesal sweet sangat ni ma. Nak buat macam mana ma. Lepas maghrib baru sampai. Tak sempat pon nak sembang-gossip-lepak lama dengan ma. Pagi besok dah kena balik sebab kerja. Tapi breakfast tu sempat jugak makan nasi minyak lauk gulai puyuh dengan daging masak blackpepper. Sedapnya. Sedapnya.
 
 
Rasa macam lama da tak keluar jalan-jalan hirup udara pantai dengan mil n adik-adik ipar tersayang. Petang ni Kak Long balik nanti kita keluar menderap okeyyy. Akhir bulan ni dah mintak cuti dua hari campur weekend dan cuti umum Birthday Sultan Trg dapatlah 5 hari cuti. Yeayyyyyy. Tak sabarnya nak balik umah mil.
 
=) 

Seprais Birthday untuk Kak Siti

Salam uollsss..
Fresh from da oven lagi citer neh. Hehe. Hari ni ulang tahun meningkat usianya our opismate, Kak Siti. Dia neh kira bos kecik kitorang la. Hiks. Pastu 2,3 hari duk pikir nak buat suprise macam mana yer. Acaranya simple je. Potong kek, makan kek. Yang penting nak seprise. Macam kerap kali dah tutup lampu sembunyi belakang almari. Haha. Selalu sangat da. Apa kata kita buat seprise gempak punya. Kehkeh.
Pastu siap bukak satu group khas title 'Seprise besday Kak CT'. haha.

Yang join berkomplot sekali adalah sorang student ni. Hasil idea Jaa. Haha. So, Jaa ditugaskan untuk whatapps kat student tu, then student to fwd je whatapps tu kak Kak Siti. Konon student tu ada masalah lah nak jumpa face to face. Terima kasih student. Pandai berlakon yer. Siap warning lagi kalau Puan Siti call jangan angkat. Hahah.

So, pagi tadi yang dinanti-nanti pon tadi. Nebes kemain semua neh. Takot kantoi, takut tak menjadi. Takut tiba-tiba je Kak Siti ada kerja lain. Kak Amy ngan Jaa keluar beli kek. Ada yang ada kelas. Ada yang standby je dalam bilik.

Kek sampai je terus Jaa whatapps kat student tu cakap dah tunggu kat luar nak jumpa. Padahal kitorang la yang nak menseprais kan Kak Siti. Siap pecah kan belon lagi. Pastu baru tahu rupanya Kak Siti phobia dengan belon. kahkah. Sori Kak Siti...hehehehhe..


I Luv You....yesss You =))


 Kami berempat..Me, Kak Siti, Kak Amy n Dila =)

Tq jugak Jaa n Fatin. Dah jadi sebahagian dari department kitorang da =)

Nyummmy. Always my favourite!!!


Semoga semua kenangan-kenangan ini terus kekal dalam ingatan kita. Terima kasih kawan-kawan  kerana menjadi sebahagian dari pengalaman manis saya di opis ini =)



Wednesday, 8 April 2015

Lapang Dada.

Salam uollsss..
 
 

 
 
Suka sangat tau lagu Lapang Dada by SO7 neh. Actually dari zaman skolah minat SO7. Lama tak dengar lagu-lagu mereka.
 
Hari tu saya download la lagu ni konon nak jadikan ringtone. Siap download terus play. Sebelum tu cakap kat asben kita suka sangat lagu ni. Best sangat. Dia pon tak sabar la tunggu habis download. Skali saya play dia cakap "Alah, lagu macam ni pon sedap kerrr" Hehe..lubang telinga tak sama okey. Lubang telinga saya dengar best jer. hakhak.


Then saya story la zaman skolah dulu suka sangat lagu Sephia tu. Nyanyi sampai nangis-nangis. Boleh plak dia gelakkan saya kahkahkah. Tak sentimental langsung.

 
Pastu sekarang dalam kereta asyik duk repeat je sampai separuh jalan balik ke rumah baru tersedar kita duk nyanyi lagu sama jer. Haha.
 
Asben, nanti kalau tak suka dengar saya duk repeat jer dalam keta tu, saya berentikan awak tepi jalan sila jalan kaki yer. Kikiki.





Tuesday, 7 April 2015

Mengidam ke?

Salam uollss..
 
 
Semalam balik kerja singgah kedai tambah stok barang basah. Beli ikan, ayam, sayur macam-macam lagi lah. Pastu nampak ada pauh. Terus terliur tengok pauh tu tergantung. Ni pauh yang kecik super masam tu. Saya panggil pauh ringan. Ni duk taip terbayang pon tetiba kecur ayak liur.
 
Kikiki. Mengidam ker???haha. Ha ah. Sebut kata pauh mempelam ni saya dari zaman kecik-kecik dulu lagi mengidam je. Hhaaha. Memang suka makan masam. Sebab tu sekarang asyik pelupa jer. Eh, ada kaitan kan.
 
Malam tadi terus kupas pauh tu, buat colek kicap+gula+belacan+cili.
 
Makan dua biji jer pon. Gigi jadi ngilu la sebab suka sangat makan masam kan. Tapi tetap nak makan jugak. Gigih habiskan dua biji ni.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...