Para Pengikut..

Sunday, 3 November 2013

Misi : Meja oh meja stressnya daku dengan kau.

Salam uollss.

Maapkan saya atas tajuk yang tak bley blah itu. Haha.
Lepas hantar en.beliau pegi keje (ehemm. hantar kat muka pintu jer pong) terus bukak siaran ERA.FM dan bukak lappy. Heaven sangat hari cuti-cuti begini. Bolehlah aiolls jalan-jalan melihat kerajinan orang lain supaya boleh berjangkit skit kerajinan tu kat aiolls. Muahaha. Rajin pon boleh berjangkit dari ruang maya ke? Haruslah wei.

Okey. Nak cerita pasal kestressan terhadap meja kat sofa ni.
Hari tu masa mula-mula terjah Lorenzo Lavino berkenan meja ni sebab design dia matching pulak ngan kaler sofa kan. Tapi masa tu terpikir jugak meja kaca ni mesti susah nak handle kan. Lantaklah yang penting cantik di mata kita. Hah ambik ko. Cantik sangat kan. Berkaca-kaca air mata kena lap hari-hari. Huwaaaaa. 
Lap pon still nampak hodoh sangat atas meja tu. Kalau tengok real takde lah sehodoh itu, tapi dalam gambar lagi nampak hodoh.


Pastu konon pilih meja yang ada ruang boleh letak barang level bawah tu kan. Konon-konon boleh la nak letak pape senang. Huwaaa. Kan. Senang sangat laki ai letak barang- barang dia. Mula-mula satu dua barang jer. Bini ok jer. Tak kisah pon. Simpan kat tempat asal. 

Pastu satu malam tu en.beliau buat misi ape ntah penuh okey atas meja level bawah tu. Ai is sabar..
Pastu tanya la dia " Ni, apa ni b, sepah-sepah habis ni, syg buang boleh?"..ahaha tak beragak nak buang barang orang "Laa, dah hari tu syg kata kita kontra, b tolong sepah syg tolong kemas la. Kontra kan" Huwaaaa. Ni orang cakap ayat makan dalam. Baik lah asben.


Rupanya dia sedang dalam misi baiki usb mp3 ke hape ntah nama dia. Yang kita cucuk dalam kereta untuk dengar lagu dari pendrive.


Tula saya dah cakap tak payah la beli mp3 tu nanti mesti rosak punya. Pakai sekejap je pon dah rosak. Masin mulut ai tau.


Pastu sebab sakit mata tengok banyak sangat perkakas-perkakas ntah apa-apa ntah. Terus saya masuk stor carik kotak. Yeayyy. Jumpak kotak cantik ni. Hadiah Asma Comey bagi masa kawin hari tu. So, ambik kotak ni sumbat semua perkakas-perkakas en.beliau dalam tuh. Kotak ni dah kemek bertindih-tindih dengan kotak berat masa pindah hari tu.


Tengok comot betol kan. Kitorang takde meja makan pon. So, meja ni lah jugak untuk breakfast, lunch dan dinner.  Nak beli meja makan tapi hold dulu lah. Budjet tak menyebelahi lagi lor.

Saya ada jugak ushar-ushar alas meja masa raya itu hari. Tapi takde pun yang berkenan di hati. Huwaaa. Nak beli kena pilih material yang sesuai tak nak alas meja tu nanti melekat ngan kaca. Huhuhu.


Godek-godek apa la yang banyak sangat en.beliau ni sepahkan. Rupanya mouse kita yang rosak pon en.beliau baiki. Tapi tak test lagi ok tak. 


Yeayy. Dah kosong bawah tu. Yang sebelah tu bekas kudapan sambil tonton tv. Theeehee. Mula-mula ingat nak letak kotak tu dalam stor. Tapi macam kosong la pulak kan. Jadi letak situ je la. Ok ker? Senang en.beliau  tak payah godek dalam stor kan.


Okey, hope pasni takde semak-semak dah atas tuh.

Cuma sekarang ni misi mencari alas meja untuk meja ni. 
Agak-agak material yang macam mana sesuai yer?

8 comments:

  1. Hehe..dr berselerak dah kemas meja tu..sya pun selagi ada tmpat letak..suma sya letak brg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya : hehe.tau xpe kan.tak tengok lg dlm handbeg ada apa.hehe.

      Delete
  2. rajinnya dia edit template blog haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apihapijo : macam perli jew.bhahaha. Bosan kan tengok hijau je.hehe.

      Delete
  3. ok dah tak semakk dah..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jijah : hope kekemasan tu berterusan la.hehe.

      Delete
  4. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose : tq folo kite ;-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...