Para Pengikut..

Friday 11 November 2011

Pantai Kemasik

Salam uolls.

Pantai Kemasik mengingatkan saya masa zaman kecik dulu. Dulu arwah tok (nenek) tinggal kat Kemaman. Mak sedara pulak ada yang stay kat Kemasik. Kemaman and kemasik ni tak la jauh sangat. Jadi kalau ikut tok balik kampung mesti akan pergi umah mak sedara (Chik Nah) kat Kemasik neh. Kebetulan plak ada anak Chik Nah sebaya ngan saya. Zaliha. Sepupu yang paling kamcing ngan saya-paling baik ngan saya-paling sehati sejiwa-paling banyak berkongsi rahsia-suka duka. Ceewah. Banyaknya paling.


Umah Chik Nah dekat gilos ngan pantai. Keluar jalan besar dalam dua minit (dengan basikal). Lintas jalan besar terus nampak ombak Pantai Kemasik. Dalam tak sampai lima minit jer naik beskal. Dulu selalu naik basikal bonceng dengan Zaliha. Beli cekedis sandar basikal tepi pokok kat tebing pantai pastu makan cekedis sambil gossip gurl. Rindu saat-saat tu. Nak mandi tok tak bagi. Jadi main kat bibir pantai je. Sekali ombak kuat datang berlari-lari la. Perasan kejap main kejar-kejar ngan ombak. Owwhh. Rindu sangat waktu itu. Serius.


Sekarang Pantai Kemasik dah jauh berubah berbanding 15 tahun dulu. Masa tu mana ada jalan nak masuk kereta sampai ke pantai. Kereta-kereta parking tepi jalan besar tu jer. Gerai-gerai makan pun takde lagi masa tu. Ada la kadang-kadang pak cik jual eskrim duk bawah pokok. Tapi syiok je. Nak makan bawak bekal hampar tikar duk bawah pokok. Sekarang dah banyak pondok-pondok disediakan. 
Yang penting batu-batu tepi pantai ni masih utuh disitu. Tapi dulu view lagi menarik. Sayang takda gambar kenangan masa kecil di Pantai Kemasik. kalau ada boleh compare. Sob.


Situ ada pintu gua. Takla macam pintu gua niah tu. Gua ni kecik je. Saya kan mudah percaya. So bila Zaliha cerita gua tu ada macam-macam misteri terus haku percaya. Haha.



Internet dah slow bangat. Gambar-gambar dibawah terpaksa resize super kecik.


Bawah ini Pantai Kemasik jugak. Tapi view sebelah sana. Nak photoshoot santek kan jeti begini.



Gambar enterprem yang harus ada. Peewitt.




Ini dah habis entri Pantai Kemasik. Ini Pantai Dungun.
Ombak kuat kan.


Musim tengkujuh dah tiba.
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai *Macam takde kena mengena jer*

4 comments:

  1. pink gilos baju cik abg awok.. haha...

    pantai batu katok kan?

    ReplyDelete
  2. HafizHafizol : Haha. Peminat pink tu wes..

    ReplyDelete
  3. kite suka pantai kemasik. tiap kali blk kg hubby, mesti singgah sini...

    pissst, monica bay beach tu nama omputih... nama teganung dia adalah pantai teluk mok nik! hahahhaaa...

    ReplyDelete
  4. InaAchik : Suka view ptai kemasik rite.

    Hahaha.Patutla.kiteww cam sgt pokok jalar2 atas pasir tu.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...