Para Pengikut..

Wednesday, 30 November 2011

CANDID TIME CONTEST

Salam uolls.

Nak join contest 'Candid Time'. Lama dah duk bertapa dalam draft akhirnya Hafiz Hafizol tag dolu. Jadi kena rajinkan diri la langsaikan hutang draft.

Dianjurkan oleh Muna Rahimah. Hadiah menarik tau. Dapat camera lomo, mp3, pendrive jugak topup. Kalau nak tahu lebih lanjut sila terjah Muna Rahimah.

Bawah ni gambo candid yang saya pertaruhkan.
Kena tag dua orang :






Wordless Wednesday




Tuesday, 29 November 2011

Puisi Zahiril buat sang isteri [ Manis seperti gula-gula]

Salam uolls.

Itulah.
Manis sangat. Dah la suara Daim ni sungguh berintonasi. Ceh. Bajet macam saya dah dengar puisi dia kan. Tapi siyes sangat manis walaupun saya hanya membaca dan menterjemah ilustrasi dibawah. Jom sama-sama hayati puisi Daim buat sang isteri. Pastikan tisu masing-masing ditangan. Sob.

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”





“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
 
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.

Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau,
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. 

Selamat menjadi keluargaku,
 
Selamat menjadi pelengkap hidupku.


Selamat menjadi separuh dari aku.”

^___________________^

credit to :













Monday, 28 November 2011

Tips menambah berat badan.

Salam uolls.

Dah lama tak timbang berat. Sejak penimbang kat rumah tu dibawak ke opis hari-hari ada je bebudak neh timbang berat turun ke naik. Tapi tiap kali diorang timbang saya kelip-kelip mata tengok. Tak nak timbang takut frust. Yelah saya dah lama nak naikkan berat badan tapi punyalah susah. Makan banyak pun berat tak jugak naik. Tak tahu la nak makan apa lagi.

Owhh. Tetiba je tadi timbang tengok berat naik 2 kilo. Yippiiii. Errr. Tapi naik tang mana r?? Sekarang azam saya mahu naikkan lagi 2 kilo. Muahaha. Azam ke? Makan tok sah cakapla. Konon hati sedang bahagia lah asyik makan je owez. Dalam kereta pun asyik duk mengunyah. Ada jer stok makanan dalam kereta. Haha. Kalau berenti isi minyak atau berenti topup kat 7e ada je buah tangan nk dibeli. Hadoi. Lepas tu kalau bab makan nasi pulak dah jadi kewajipan dah. Sehari wajib makan nasi. Sekurang-kurangnya satu kali sehari. Kalau tidur lewat boleh pulak pergi bakar roti makan dengan tea o panas sambil tonton slot Samarinda.
Haha.

Itulah tips menambah berat badan saya.
Peace!


 

Saturday, 26 November 2011

Tudung akad nikah & bersanding.

Salam uolls.

Hmmm.

1. Pemilihan tudung musti nak kena ikut bentuk muka kan.
2. Style pakai pun musti kena ada cara. Tambah-tambah kalau pilih shawls.
3. Serius tak tahu bentuk muka saya sesuai untuk tudung yang macam mana.

Tapi saya suka shawl. nak pakai shawls boley??

Ala-ala macam ini.

Serius santeknya. Jumpa disini [KLIK]



Errrr. Tapi sesuai ke dengan bentuk muka??











Thursday, 24 November 2011

Jom join peraduan TAK NAK merokok!

Salam uolls.

Katakan TIDAK pada merokok (Tetiba)

Hmm. Korang ada idea tak macam mana nak buat someone tu stop smoking. En.beliau i ni tak tahu la janji nak stop smoking sampai sudah tak stop jugak. Katanya kalau dah stop smoking nanti berat makin naik. Tak mau gemuk macam dulu. Betul ke smoking leh mengurangkan berat badan? Ye ke? Habisla semua orang gemuk nanti start smoking untuk kurus. Muahaha. Don't blame me.

Ok. Lupakan tentang itu. Mari join PERTANDINGAN FOTOGRAFI 'TAK NAK MEROKOK!' anjuran Kementerian Kesihatan.

Hadiah lumayan uolls.

Dah nama pertandingan fotografi, tapi nak ambil gambar apa wei??

Gambar yang diambil haruslah menyampaikan mesej Tak Nak Merokok tanpa melibatkan sebarang rokok mahupun kotak rokok. Ok. TANPA MELIBATKAN SEBARANG ROKOK MAHUPUN KOTAK ROKOK. Errrr..Asap rokok pun tak boleh ke?

Jom kita sokong kempen dengan menyertai peraduan neh. Pertandingan berlangsung dari 22 November 2011 sehingga 10 Disember 2011. Masih ada masa dua minggu lagi. nak tahu lebih detail sila kelik. [LINK] 

Peewit. Tetiba promote pertandingan kan. Muahaha.





Wednesday, 23 November 2011

Wordless Wednesday

Tempat lepak terbaekkk.



Tuesday, 22 November 2011

Nak jadi seorang yang setia tu susah ke?

Salam uolls.

Taip tanpa fikir panjang. Mungkin ini hanya pendapat dari perspektif saya.



Nak jadi seorang suami yang setia tu susah ke?
Means kalau kau seorang suami kepada seorang isteri yang setia gilos terhadap kau namun sewenang-wenangnya ke kau nak curang belakang dia? Kau mesej pompuan lain sebab isteri kau mengandung tak boleh layan kau sepenuhnya. Then kau cakap kau mesej dengan staff opis. Atau kau cakap kau mesej dengan bos kau yang pompuan. Bila kebetulan kau kantoi keluar lunch dengan pompuan lain beria-ria kau menangis depan mak mertua kau cakap tu klien kau. ADA KE SUAMI MACAM GITU???

Nak jadi seorang isteri yang setia tu susah ke?
Mentang-mentang suami kau sibuk kerja, keluar 6 pagi balik 2 pagi kau sewenang-wenangnya keluar ngan laki lain. Konon sunyi kan. Kau jadikan alasan suami kau tak kisah keluar dengan sesiapa then kau sukati keluar dengan laki lain. Hampes. Kau mesej jiwang-jiwang romantik-romantik dengan laki lain. Beranje-anje bergegel-boboy, tapi asal suami kau mesej 'Syg masak tak malam ni? Abg dah nak balik kerja ni'. Tanpa fikir panjang kau terus jawab ' Saya penat sangat. Tak larat nak masak. Awak dinner kat luar jela'. Kalau suami kau banas baran harus kepala kau dicium kuali. ADA KE ISTERI MACAM GITU???

Nak jadi tunang yang setia tu susah ke?
Selamba badak je kau cakap kat semua ofis mate kau yang kau tu masih single lagi available. Jadi kau senang lenang je keluar dengan laki/pompuan lain sedangkan tunang kau masih setia dengan kau. Dulu masa nak tunang merajuk tak nak cincin belah rotan nak cincin kalah cincin batal air sembahyang. Then bila orang tanya 'Eh, cantiknya cincin. Cincin tunang eh?' Beria-ria pulak kau menafikan. 'Mana ada. Cincin ni aku beli dengan duit gaji aku sendiri'. Padahal inai tunang masih merah di jari. ADA KE TUNANG MACAM GITU???

Nak jadi kekasih yang setia tu susah ke?
Kau ada facebook dan twitter tapi cakap kat kekasih kau yang kau tak kenal pon apa tu facebook atau twitter. Konon nak sembunyikan apa aktiviti yang kau buat dibelakangnya. Huh! Then bila ada orang suka kat kekasih kau tu kau pulak pergi sembur ayat berapi marah kat dia tak setia. Sedangkan kau? Kau tak nak kehilangan dia dalam masa yang sama kau mengushar orang lain. Then bila kawan-kawan marah kau tak setia kau pulak cakap kau masih mencari jodoh yang sesuai. Kalau la 'jodoh' tu boleh bercakap mesti dia akan sound kau 'Boleh blah!'. ADA KE KEKASIH MACAM GITU???

Harap-harap kita semua dikurniakan sekeping kejujuran yang tak akan retak walaupun ditimpa letusan lava berapi. Doa-doalah sentiasa supaya dijauhkan dari individu yang cuba menguji kejujuran kita terhadap pasangan.Peace no war.=)



Kenangan kerja part-time

Salam uollls.

Hujan-hujan ni best jugak mengimbau kenangan kan. Theehee. Lepas habis belajar saya kerja part time. Konon-konon nak kumpul duit untuk sewa jubah konvo. Peewittt. Kerja kat mana hoi? Kerja Mydin hokeh. So, sesiapa yang rasa muka saya macam familiar tu mungkin korang pernah tegur saya kat Mydin kot. Haha. Macam-macam kenangan dan pengalaman walaupun cuma jadik sales girl.

New Staff
Masa hari 1st kerja pakai baju kurung lepastu sebab tak dapat lagi id staff jadi kena pakai tag yang tertulis 'New Staff'. Comel hokeh pakai baju kurung susun beg sekolah. Pastu bila ada jer customer tanya mesti dia duk pandang tag dan tanya ' Baru kerja sini eh?' takpun ' Hari ni 1st day ke?'. Haduh. Dah nampak terang-terang pun lagi mahu tanya ke kak?

Department Luggage
Masa mula-mula masuk saya ditempatkan di department luggage. Sini ada macam-macam beg. Daripada beg sekolah, beg pinggang sampailah beg troli tu. Department ni ikut musim la. Time cuti sekolah berduyun-duyun la para ibu bapa datang nak beli beg untuk anak-anak yang nak masuk sekolah. Dah macam-macam ragam haku tengok. Ada anak menangis, ada mak mengamuk. Bayangkan la. Bawak anak kecik ko dalam lima orang pastu anak ko meragam masing-masing nak beg mahal harga RM50 ringgit. Pastu harusla ko mengamuk. Pastu anak ko merengek-rengek. Yang bongsu pulak menangis bila si abang tarik beg yang dipeluknya. Hokeh. Aku rasa nak lari dari situ pun ada. Nak tolong pujuk anak tu pon ada. Nak marah pon ada. Sabau je la.

Tapi kat bahagian beg troli tu suka. Pertama kali gak saya dapat ilmu macam mana nak lock zip. Yelah. Zaman belajar dulu mana ada beli beg troli macam gitu. Jadi kombang la lobang idung bila para-para mak bapak suruh anak dia 'tengok la akak tu buat, belajar dengan dia'. Peewitt. Macam ajar math la pulak. Pastu kalau ada foreigner datang nak beli beg troli tu mesti staff tu suh saya handle. Speaking hokeh. Macam la haku terror sangat. Speaking berterabur. Haha.

Department Muslimin
Then masa sebelum bulan puasa saya ditukarkan ke Department Muslimin. Department ni bahagian barangan telekung smayang, sejadah, kain pelikat, kain batik, al-quran tafsir dan sebagainya la. Tak boleh lupa bila ada sorang pak cik tu datang nak beli kain pelikat tapi macam datang nak serang musuh ketat. Nak beli kain pelikat tapi tak boleh nak cakap bahasa indah-indah sikit. Agaknya masa kat parking bawah tu ada orang langgar kereta dia kot sampai bawak ke atas duk kuar ayat berapi je. Bila panas bercampur pedas berapi la jawabnya. Sampai tak tahu dah nak handle macam mana. Nak nangis pun ada. Last 2 kitorang cakap lembut macam nak pujuk anak kecil tak mau tido. 'Pak cik, kalau pak cik rasa sini mahal pak cik boleh pergi beli kat kedai yang pak cik kata murah tu'. Akhirnya beli jugak dia. Dah tahu tak boleh tawar menawar pun degil jugak.

Kedai Mamak & food court
Kat food court bawah tu ada satu kedai mamak. Ape ntah nama. Kalau pakai baju staff Mydin dapat la less sikit. Heee. So, kalau lunch tu tak la sampai melepasi RM5. Tapi hari-hari nak pekena nasi berlauk mamak tekak mau bosan jugak. Yang bestnya sebab kat food court tu macam-macam makanan ada. Nasi kukus pun best. Nasi lemak pun sambalnya sangat kaw. Masa kerja situ abang saya pun kerja situ jugak. Kadang-kadang kitorang bawak bekal makan sama-sama. Tupun kalau shift petang la.

Gaji Pertama
Walaupun gaji tak la banyak sesuai la dengan kerja sales girl tapi tetap bagi kat mak. Orang kata gaji pertama tu lebih berkat kalau hulur kat orang tua. Even sedikit mana pun gaji yang kita dapat InsyaAllah gaji yang sikit itu sentiasa mencukupi kalau kita dahulukan orang tua. Kan. Ada sesetengah mak bapak tu tak nak terima. So pandai-pandai la guna inisiatif lain macam belanja diorang makan ke. InsyaAllah berkat dan rezeki sentiasa ada untuk kita.

Beli harta
Setiap kali kerja kat mana-mana saya akan pastikan dapat beli harta dengan gaji yang dapat tuh. Sekurang-kurangnya kita dapat lihat hasil usaha penat lelah-kena marah dengan supervisor-kena perli dengan customer-kena so on lagi. Yang pasti harta tu bukan kain baju kasut tudung yang lama-lama kita jadikan hiasan lemari. Jadi beli harta yang boleh guna sampai bila-bila. Peeewittt.

Lagi satu tak boleh lupa bila ada sorang pekerja situ cakap muka saya macam ex-gf dia. Sebab saya mati-mati tak caya kawan dia pun tunjuk gambar ex-gf dalam hp. Ada la iras-iras skit side tepi. Heee. Tapi lepas kejadian tu kami jadi kawan baik.  =)

Alhamdullilah, hasil kerja part time tu dapat la tampung nak pergi konvo. Tempah jubah, transport dan belanja apa-apa di sana dengan duit kerja part time.=)




Eh.Kejap. Rasanya masa kerja situ pun pernah snap gambo enterprem.

Godek-godek.







*












*

















*














*













*







Haha. Sila jangan kutuk saya SKEMA walaupun kelihatan SKEMA disitu. Haha.



Monday, 21 November 2011

A story of Faiz Irfan.


Salam uolls.

Hari tu janji dengan dak Paiz neh nak bawak dia pergi kedai buku. Konon nak belikan dia buku. Dah dia kata nak buku lukis-lukis. Jadi bila dah janji tu kira berhutang la dengan dia. Time balik kerja jer tanya bila nak pergi kedai buku, pastu postpone lagi sebab weekend sangat busy. Then cakap nak pergi malam pulak. Malam tadi la tu. Beriaya-ia dia tanya nak pergi kul brapa. So mak sedara yang baik hati cakap lepas maghrib. Nampak je saya balik kerja terus dia tanya lagi. Keep asking n asking. Kelakar pulak. Siap cakap 'Paiz dah mandi, cepatla smayang maghrib'. Hokeh. Kesian pulak. Sampai ketuk pintu bilik berkali-kali tanya dah bersiap ke belum. Muahaha. Jadi langsaikan jugak hutang dengan dak Paiz. Bawak pergi Pustaka Seri Intan, kedai buku yang agak sohor di Terengganu. Tapi puas duk belek-belek buku satu pun dia tak berkenan. Tahu apa yang dia nak?? Aduiii.

Itu dia. Ape tuh? Lego ke hape orang panggil. Paiz suka menda alah rumit-rumit cantum-cantum gitu. Kalau me dah surrender awal-awal.

Pastu satu lagi yang suka sangat vitagen tu. Yang dapat free gift tu. Suruh dia pergi ambik sendiri tak sampai 1 saat dah datang balik. Suka sangat. Sampai berlari-lari. nasib baik tak jatuh. Paiz Paiz..

Balik rumah jer gigih terus kerjakan menda alah yang dia beli tuh. Orang suruh tido asyik mengelat je. Kejapla nak siapkan lori neh. Adohai.

Dari jam 9.30 malam

sampai la 10.00 malam....

sampai la 10.30 malam...

Tak tido-tido jugak.

jam 10.50 malam..

Agaknya dia dah ngantuk sangat kot. Terus simpan semua saki-baki yang ada (saki baki??) then terus tido.



Pagi tadi 6.30 dah bangun sambung bikin lori.


FINE!


Kalah buruh kasar.




Saturday, 19 November 2011

Shooting Filem @ Bukit Besar (Part 2)

Salam uolls.

Kental lagi update walaupun kejadian dah berlalu seminggu. Lepas Shooting kat Muzium, hari kedua kami ke Bukit Besar. Penat hokeh panjat Bukit Besar. Nasib baik tak panjat sampai ke puncak. Kalau tak semput semua pelakun. Haha.

Panjat bukit. Nasib la bukit. Bukan gunung. Sob.




Nah . Itu saja. Gambar via hp sebab tu blur je. Ahakz.



Invisible





Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday



Pomander ball pink+white+blue

Shooting filem @ Muzium Terengganu (Part 1)

Salam uolls.

Auwwww. Tajuk tak boleh belah. Shooting la sangat. Sebenarnya kena bikin short film untuk Annual Dinner. Antara pelakon adalah Harith Iskandar, Lisa Surihani, Fazura. Haha. Gempak tak. Tapi versi klon jela. Tajuk filem dan sinopsis dirahsiakan. Mula-mula hari pertama shooting kat Muzium. Best jugak pergi muzium. Ramai jugak tourist datang masa ni. Seronok tengok budak-budak sekolah beratur ramai-ramai. Teringat pulak masa zaman sekolah rendah dulu ada jugak lawatan ke muzium. Masa darjah enam. Eksaited naik bas pergi muzium. Haha.

Ok. Ini gambo dari belakang camera. Kasi efek hitam putih.

Encik pelakun dan encik tukang shoot.

Wedding outdoor photoshot kat muzium ni klasik jugak kan.**errr.tukar topik.

Berebut-rebut review shot yang diambil menjadi ke tak. Kalo tak jadi ulang lagi sekali. Penat woi . Ceh. macamla haku yang berlakun.
Ini watak err..errr...ape yer? tak dapat nak dikenalpasti.

Aktiviti belakang tabir. Sembang, gosip.

*



*



*



Seperti biasalah ada gambo suka-suka pastu ada gambo enterprem. Haha.




Ada photog sedang shoot pengantin. Auwww. Santek pakai gaun datang muzium.


Saya a.k.a tukang bawak baju, tukang bawak macam-macam yang lain, tukang menyibuk, tukang enterprem dan tukang tet! Haha. Nak tahu watak saya sebagai ape tunggu Part 2. Haha. Sorok muka bawah meja malu tengok diri sendiri berlakon. Auwww.




Suka background bata-bata susun belakang tuh. Heee.

Ok. Daa. Jumpa Part 2.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...