Para Pengikut..

Klik Me =)

Tuesday, 30 April 2013

Apabila nasi air memanggil-manggil

Salam uollss..

Balik kerja tadi macam biasalah soalan wajib saya selalu tanya asben "Nak makan apa malam neh?". Dan macam biasa jugak jawapan en.beliau sama ada tak tahu, tak kisah, masak je apa pun dan jawapan lain yang sewaktu dengannya kan. Saja nak bagi otak ai ni berfungsi ligat kan. Jadi mari kita tanya nafsu sendiri nak makan pe. Terbayang-bayang makanan yang biasa saya intai waktu bw. Nyumnyum. Terus bagi pilihan kat en.beliau.

A. Nasi ayam
B. Mee kari
C. Nasi Air

Ehem. Ehem. Sebenarnya dengan harapan dia jawab soalan last skali. Biasalah macam budak kecik kan. Kalau kita tanya "Sayang mak ke ayah?" Mesti diorang akan pilih jawapan belakang kan "Ayah". Cuba tanya lagi sekali "Sayang ayah ke mak?" Mesti dia jawab Mak pulak. Hiksss. Eh, ke kanak-kanak sekarang dah clever genius otak cepat pikat terus jawab "Mestilah sayang mak dengan ayah, tupun nak tanya ke?"Ahakz.. Padahal aiolss je masa kecik macam tu kan. Hahaha.

En.beliau menjawab .."nasi air sedap jugak kan. Lama dah tak makan"

Yes.Yes.Yes. Proposal lulus. Hakhak.

Godek-godek kat dapur lengkap cukup semua bahan-bahan. Tak perlu nak turun beli kat kedai runcit kat bawah tu. Masa kat rumah mak dulu mak selalu jugak masak nasi air neh. Makan masa nasi panas-panas. Buh sambal lada pedas skit. Haa Maunya bertambah-tambah kan.

Sup lebihkan lada hitam kalau makan banyak terus lada hitam membakar lemak kan. Motifff??


Kami ni generasi suka makan pedas. Sup dah hitam lada hitam. Tumbuk pulak sambal lada. Buh cili padi yang kecil-kecil pedas berapi tu. 

 Nyum.Nyum.Nyum. Nak tambah sila ambik sendiri okey.
Aiolls nak makan dengan khusyuk. Bye!

Bertambah-tambah makan kan. Jangan salahkan saya atas kenaikan berat iteww. Hikss.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...