Para Pengikut..

Klik Me =)

Saturday, 13 April 2013

Dinner at Secret Resepi.

Salam uollss.

Alhamdulillah. Malam tadi ada orang belanja kiter makan kat SC. Ewahhh. Hepi sangat kan. Sebab awal-awal dah terbayang Choc Cake Indulgence (eh,macam pelik je ejaan). Apa-apa je lah kan.

Janji nak jumpa kat Giant Gong Badak jam 8.30pm. Tapi aiolls biasalah nak mandikan anak dulu, pakaikan baju anak, pakaikan kasut anak. Hakhak. Over. Takdelah. Tadi buat inti karipap tunggu inti tu kering sikit barulah bersiap-siap. Thehehe. Takpelah. Korang jalan-jalan dulu cuci mata kat Giant tu eh.


Dah sampai terus order. Hamboihh. Kata lapar sangat kan. Last makan kenduri sepupu jam 3.00 petang. Haruslah lapar. Pusing aiolls nak order makanan yang mengenyangkan.

Pilihan en.beliau. Mula-mula nak makan nasi. Eh, tiba-tiba tukar fries. Diet sangat la kan.

Nak try spageti sedap ke idok neh??


Yang peace tu Mek Na. BFF Hafiz Hafizol. Ha.Ha. Jangan duk gosip-gosip kat belakang yer. Dorang memang kamcing dari zaman skolah. Eh, ke ada ap-apa Jojo??Muahahaha.

Makanan HH sampai dulu. Nampak sedap. HH pon cakap sedap. Sedap ke nak menyedapkan hati? Hiks. Sedap lah tu sampai licin makan.

En.Beliau punya pilihan. Hambik. Diet sangat la kan.

Mocca. Kesian en.beliau dah lah tak minum manis sangat. Minum seteguk dua jer. Huk aloh. Asal tak pesan je air mineral tadik.
Saya punya. En.beliau cakap. "Sedap awak masak lagi" Muahaha. Okes. Sekarang jugak ai bukak cawangan SC satu lagik. Muahaha.


Kecintaan saya Chocolate Cake Indulgance. Untung dapat suami tak makan kek. Jadi kalau beli satu slice ni pon saya makan sorang-sorang. Kehkeh.


Mek Na punya. Sedap jugak kan mek Na.

Ni Aglio Olio Mek Na punya jugak. Sedap ke? Eh, tak ingat pulak nak try. Hehe. Tapi sotong dia punyalah gabak besar. Boleh buat gelang tangan. Muahaha.

Berebut-rebut nak habiskan aiskerim tuh. Kesian korang kan.

Masa untuk bergambar. Peace!!


Licin kitorang makan. Lapar sangat kan.

 Wif Mek Na. Mekasih belanja kami. Ni belanja untuk besday akak bulan Januari hari tu eh. Thehehe.

Auwww. Pemilik kunci hati saya. Kunci tu simpan elok-elok tau.

 Nak balik Mek Na hadiahkan sumthing. Ololo. Suwetnya dia. Hadiah besday dulu katanya. Skirt yang santek sangat. Ahkak suka. Mekasih again =)

Dah kenyang masing-masing balik ke rumah masing-masing. Nak pegi jalan-jalan takde mood pon.
So balik rumah la.


1 comment:

  1. nanti besday saya jaja plak belanja neh haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...