Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 15 April 2013

Jom penuhi selera orang mengidam.

Salam uollss..

En.beliau katanya mengidam hari neh. Saya harap bila dia duk sebut-sebut mengidam acap kali terus Tuhan permudahkan ucapannya. Kata-kata kan satu doa. Ewaahhh.#Insappp.

Tadi balik dari ambik saya dari opis terus dia bersuara.
"Sedapnya kalau boleh makan ayam kat Giant tu"

Ayam kat Giant means ayam yang diperap tu. Enak lah jugak kan. Tapi aiolls bukan kecintaan sangat  terhadap ayam neh. Aiollss lebih prefer ikan kot.

"Boleh lah. Jom je la singgah Giant"
Biasalah kalau bab menambahkan lemak isteri mithali memang menyokong 200percent. Mithali sangat.

"Ok. Malam ni awak tak payah masak la. Beli ayam perap tu je. Tanak nasi je"
"Seyes tak payah masak lauk lain?"
"Tak payah, cukup dah makan ayam ngan nasi"

See..sebab saya bersetuju penuhi selera orang mengidam kan. Terus nak ringankan beban saya. Yeayy. Tak payah masak. Eh, dasar femalas betol.Bukannya apa, sedikit geram kalau masak lauk last-last beliau makan dua-tiga sudu jer. Sudahnya saya yang makan sampai dua hari-tiga hari-empat hari. Okeh. Overlah pulak sampai empat hari kan.

Eh, tiba-tiba dalam kereta betul-betul nak sampai dia tanya pulak..
"Hmm..nak beli ayam perap tu ke ayam fresh?, Kalau beli ayam fresh tu boleh buat macam-macam kan"
"Beli dua-dua je la. Senang cerita"
Malas aiolss nak pikir kan. Dasar femalas.

Beli ayam sekor jer. Cukuplah. Takkan nak beli 2-3 ekor pulak kan. Beli sekor tu pun maunya 2 minggu baru habis kan.

Hai bang, boleh berkenalan??? 

Eh, eh lalu pulak kat sebelah eskrem ni. Sengaja lah nak bagi kita termengidam kan. kan. kan. Walls kau tetap menjadi pojaan hatiku..

Tapi en.beliau cakap try la jenama lain pulak. Asyik Walls je kan. Jenama eskrem? Ok. Fine. Ni tak tahu jenama apa entah. Saja-saja try test kan. Nanti kalau tak sedap kita beli Walls balik.
Pliss la. Sekaranag siapa yang mengidam sebenarnya??

Ok. Dah settle beli ayam fresh singgah beli ayam perap pulak. Inilah dia. En.beliau suka benor makan ayam neh. Takde lah sedap sangat pon kan. Layan je lah. Heee.
Ayam perap ni sentiasa mengingatkan weolls pada kenangan masa zaman cintan-cintun dulu. Masa tu suka beli ayam perap ni kat pasaraya kemudian makan kat Taman Shahbandar. Hikss.


En.beliau ni bab makan dia taklah cerewet sangat. Eh tapi sebenarnya cerewet jugak. Makan nasi ngan ayam ni saja pon okeh jer. Tapi saya lah tak boleh kan.

Jadi panaskan kuah singgang masak tempoyak yang lebihan semalam. Tak sanggup dah nak simpan lagi. Habiskan je lah malam ni kan. Owhh. En.beliau dia kureng sikit lauk yang berkuah berair macam ni. Dia suka kuah yang pekat macam sambal, gulai. Owhh. Tapi ni lah peberet aiollss.
Taste makan memang tak sama sangat. Sudahnya aiolls yang habiskan sorang-sorang. Sobss.


2 comments:

  1. nak g rumah ye makan eskrem nanti eh hahaha :)

    ReplyDelete
  2. hh : Hahaha..mari ah.tapi make sure bwk buah tangan.k.bye!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...