Para Pengikut..

Tuesday, 9 April 2013

Mengidam buah jambu batu.

Salam uollss.

Sila jangan fikir yang bukan-bukan hokeh.

Gigih aiols google maksud mengidam neh. Jadi maknanya mengidam bukan hanya terjadi pada perempuan mengandung la yer eh.

"Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan yang tinggi magnesium seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Terdapat juga wanita mengidam yang memerlukan lemak penting dalam badan seperti omega-3. Apabila wanita-wanita ini mengambil minyak ikan, mengidam hilang secara beransur-ansur."

Sumber : Pak encik Google

Jadi aiolss simpulkan disini mengidam memberi maksud keinginan yang membuak-buak.
Ianya datang secara tiba-tiba.

Eh, tapi kalau menurut firasat pak encik google tu macam betul jugak. Sebab akhir-akhir ni saya dah jarang sangat makan buah. Dan 2-3 hari ni saya terus mengidam buah jambu batu. Hari tu pusing satu pasar cari buah jambu batu yang saya idamkan diorang kata takde stok. Jadi beli jugak spesis jambu batu yang tawar. ^_________^

Berebut-berebut jugak makan dengan encik housemate tuh.



Eh, saya beli colek kat pasaraya hari tu. Sedap. Pekat giler. Dan yang pastinya pedas sangat. I loike!
Kejap saya godek gambar.

Inilah dia. Pekat. Likat. Sedap. Pedas. #terus dapat trademark kan.


Petang ni nak bodek-bodek drebar saya lah nak ajak singgah beli buah jambu batu =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...