Para Pengikut..

Monday 29 April 2013

Penyelesaian barangan dan kelengkapan dapur

Salam uollss..


Eh, tiba-tiba nak sembang pasal dapur kan. Sekarang masih duk rumah sewa. Tak tahu lah bila rezeki weolls nak duk rumah sendiri kan. Bersyukur jugak lah. At least boleh hidup berdua berdikari sendiri. Susah senang kita harungi bersama okeyy. Ewaahhhh.


Sekarang ni dah masuk bulan ke-5 duk rumah sewa. So, pasal barangan keperluan dapur memang dah boleh agak sebotol kicap boleh guna berapa lama,  sos cili berapa lama kan. Jadi kalau barang tu sebulan guna dua botol beli siap-siap la dua botol takpun beli yang besar terus.Tak perlu nak beli sebijik barang tu kat kedai runcit kat sini yang cekik wallet betol.

Sos Cili, sos tomato, kicap dan sos tiram - Tu adalah perkara wajib yang perlu ada dalam peti ais. Dalam banyak-banyak barangan ni sos cili paling laris di rumah saya. Walaupun sos cili jarang buh dalam masakan tapi sebab digunakan sebagai pencicah kan jadi botol sos cili paling banyak dirumah. Eh, saya sayang nak buang botol yang dah habis isinya tuh. Sebab nak wat rekod berapa guna barang itu bla bla bla. Nati boleh masuk dalam data. Eh, hoverrrrrr. Jadi lepas ni  nak beli sos cili yang botol besar super big. Jimat pun jimat kan. Sos tomato, kicap dan sos tiram pulak kadang-kadang dua bulan baru habis sebab letak dalam masakan je kan. Bukan banyak pon guna. Cuma kicap la kena standby jugak.
-Gambar google-

Minyak - Bila saya duk mengira tolak campur saya rasa beli minyak dalam plastik lebih jimat berbanding botol. Mungkin caj atas botol yang mahal skit kot. Kuikuikui. Dalam sebulan lebih dari dua plastik minyak digunakan. Eh, banyak ke?biasa je lah. Jadi lepas ni nak beli untuk sebulan terus. Beli 3-4 plastik minyak.

Bawang - Benci jugak aiollss. Bawang ni macam berhantu jer. Cepat je habisnya tau. Bayangkan kalau beli kat pasar raya yang saya biasa beli tu dalam dua ringgit lebih je. Rasanya lebih dari sekilo kot. Kalau beli kedai runcit dengan harga yang sama dapat separuh kilo je. Okeyyy paham tak perasaan saya disitu. Bila ngadu kat en.beliau dia pun terus cakap "Nanti beli banyak-banyak terus lah". Eh, beli satu guni ke maksud awak? Hakhak..Sah budak jaga kaunter cakap kita bukak kedai makan.

Kitchen Cabinet - Rumah yang saya sewa ni takde kabinet berpintu tingkat-tingkat untuk simpan sumtin. Jadi penyelesaiannya simpan je sumtin yang masih tinggal berbaki dalam tupperware. Eh, maksudnya bukan bekas jenama tupperware. Hakhak. Branding tupperware bagus kan sampai semua bekas tu kita panggil tupperware. Bagus jugak untuk weolls yang suka makan eskrem neh. Bekas eskrem boleh recycle semula. Sayang kot nak buang kan. Macam-macam kegunaan ada. Ingat nak beli jugak rak comel berpintu so boleh simpan apa-apa dalam tuh kan. Tapi en.beliau cakap hold la dulu sebab mana tau rezeki kat rumah lain pindah lagi jawabnya.


Nah ambik. Sumbat semua dalam bekas tuh. Mula-mula macam nak labelkan kat bekas eskrim tu sebab kadang-kadang aiolls lupa bekas mana letak ikan bilis, rempah kari dan tomyam. Lalu gigih la aiolls bukak satu persatu kan. Tapi yelah. Kalau letak label kang jadi banyak kerja pulak kalau nak letak barang-barang lain dalam tuh.Kena tukar label pulak. Sebenarnya cakap jela malas. Haha.

Beras - Beras pulak biasanya kalau beli yang kecik tu . Berapa kilo ha? dalam sebulan la ianya bertahan. Bekas letak beras tu pun ngam-ngam je untuk saiz beras yang kecik tuh. So setiap bulan beli satu kampit jer. Kalau beras habis sebelum gaji masuk kita makan jemput-jemput je okeyyy..


Okes. Tu je la yang sempat terfikir. Semangat nak pegi beli barang dapur malam ni. Yeaayyyyy!!!



6 comments:

  1. samala... macam gula sekilo tu boleh la thn sbuln. kicap dekat rumah klo beli botol kecik cepat naa abes. sos tiram boleh la utk 2 bulan klo beli botol besar.
    macam mintak masak suka beli dalam botol instead dalam plastik sebab keselamatan minyak lebih terjamin i mean cara pemprosesan minyak.

    ReplyDelete
  2. shopping jgn tak shopping...salam kenal..

    ReplyDelete
  3. wahhh...saya memang suke sangattt pegi beli barang dapurrrrr

    ReplyDelete
  4. Dhiera : tula..kita pon biasa dgr jugak pasal pemprosesan kan.. tp tulah..degil nk beli jugakk.thehehe..

    ReplyDelete
  5. Ibu Lala : Hehe..kalau pasaraya tu sebelah rumah je kan senang..

    ReplyDelete
  6. Mama Iqy : Jom soping brg dapur..hikss..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...