Para Pengikut..

Tuesday 23 April 2013

Sembang kosong - Kisah pasal pelupa, musim mengundi dan makan malam

Salam uollss..

Hari ni nak sembang pasal semalam. Sebab nak taip malam tadi emosi tak habis-habis lagi. Saya tak tahu la. Dua-tiga hari ni saya jadi seorang yang sangat pelupa. Mula-mula pasal resit kereta. Kereta kan itu hari hantar baiki bcoz of eksiden tu kan. Lepas tu bearing tayar (tak tahu part yang mana). Buta skit pasal kereta neh. Tapi bila naik kereta dekat tayar yang berpusing tu seolah-olah ada sumtin yang longgar dan berbunyi. okeh. Horror. En.beliau pliss jangan kemana-mana sehingga kereta siap dibaiki okeh. Ai is seram naik kereta tu takut rosak tetengah jalan Naya!!

Eh, macam ni lah saya suka melalut tadi kan nak cerita pasal pelupa. Ok. Lepas dapat resit dari bengkel tu saya rasa macam simpan dalam wallet (perasaan je la). Jadi kereta tu ada warranty selama tiga bulan. Haruslah kena bawak resit kan. Cari punya cari sampai ke sudah tak jumpa. Semua tempat dah cari..kat rumah, dalam kereta, kat opis..dalam handbeg dan wallet tu tak tahu la berapa kali saya cek kan. Waaaaa. En.beliau dah menyinga dah. Sori asben. Saya memang careless. Wuuu. Pasni kalau ada dokumen-dokumen penting yang kena simpan saya tak kan simpan sendiri dah. Nak suh dia simpan pulak. Huhu.

Kemudian di opis pulak. Saya pun terlupa satu benda. Yang sangat PENTING. Sumpah langsung takleh recall balik kejadian sebelum. Apekah??Sangat frust dengan diri sendiri. Saya makan semut banyak kerrr??



********


Okeh. Jom sembang pasal mengundi pulak. Saya suka kampung saya sebab diorang sangat kreatif. Eh, tak malu betul nak mengaku tu kampung saya kan. Eh, kira kampung saya la dah saya bermastautin situ kan. Cuma tak mengundi situ jer kan. Ok.Ok. Kadang-kadang kitorang sengaja pusing-pusing ronda kampung semata-mata nak tengok kekreatifan diorang. Macam-macam replika yang diorang buat. Sampaikan sepanjang jalan tu teduh jer dipayungi bendera-bendera berkibar. Tapi almaklumlah asyik tak sempat nak snap gambar. Dan semalam nampak diorang berkumpul siapkan satu replika yang sangat kreatiffffff. Petang nanti nak ajak en.beliau pegi kawasan tu nak tangkap gambar. Muahaha. Hoverrrr.


*******


Balik opis semalam singgah Pasaraya Sabasun ingat nak beli udang. Saya tak boleh makan sangat udang. Tapi dah en.beliau tu peberet dia so ai layankan saja. Makan pun sikit jer la. Buat syarat kang kempunan pulak kan. Kalau sakit sapu ubat kan.

Tapi takde la pulak udang segar. Yang ada hanya isi udang. Mahal la sikit kan. Tak suka sangat isi udang semata-mata coz nanti takde sangat rasa manis udang kan. Tapi en.beliau suh beli jugak. Kita beli je lah yer.  Masak sambal udang. Seperti biasalah rumah saya ni ada pengkritik tegar. Kalau jadi panel Masterchef haruslah nangis semua peserta sebab terharu kena komen banyak sangat. Muahaha.

En.beliau cakap sambal ni kena blend bawang kan baru sedap. Eh, salah kan blender takpe jangan salahkan saya. Hikss. Nak buat macamne kan. Blender saya adalah manual #Lesung batu. Hari tu masa kawin dapat jugak hadiah blender. Kebetulan masa duk rumah mak blender rumah mak rosak. So, guna je la dulu. Takkan dah nak pindah habis nak angkut semua kan. Bagi mak guna je la blender tu.
So en.beliau SILA BELIKAN BLENDER BUAT SAYA. Owwhh lupa. Awak tak baca blog saya.


Kemudian godek peti ais jumpa hati dan pedal ayam. Jadi masak sawi masak sos tiram. Simple je uolls. Asalkan kenyang weolls makan.

Nasib baik panel puji masakan sayur ni even main campak-campak jer. Ahakzzz.


Alhamdulillah kenyang. Mekasih Tuhan kurniakan nikmat ini.



6 comments:

  1. musim mengundi memang teduh jalan dengan bendera..
    macam2 replika dapat tengok..

    wah..terlir tengok masakan tu..
    sawi sos tiram..
    boleh jadikan menu untuk saya jugak ni

    ReplyDelete
  2. Cik Hani : Btol2..Untung jugak penunggang moto dan beskal taklah panas sangat. Thehehe..

    sawi sos tiram..sedap jugak..kikiki.puji mskan sendiri neh..yg penting senang nk masak kan.

    ReplyDelete
  3. Hafiz Hafizol : Komen saja tak guna jojo..jom terjah.hehe..

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:09 pm

    sini pun ade perang bendera.tp xsehebat kt sana awk..cini..penuh kt tepi2 jalan tu..tenggelam dh pokok bunga sume..kt umah pun,selak langsir napok bendera .. ank2 plk tnye..bendera ape tu umi byk2?hehe..umi kata tu la bendera org nak mengundi.. sib baik x tnye lg ngundi tu ape pulok? :)

    ReplyDelete
  5. Sis : Hehe..kelakar je budak22 neh =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...